KOTA BHARU | Polis Kelantan melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK) mengadakan op khas pemeriksaan kenderaan terhadap semua kenderaan pegawai dan anggota di pintu masuk utama IPK dan pintu masuk perumahan polis di Jalan Bayam, di sini.
OP Khas diketuai Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen, Superintendan Zamri Mohd Rowi berkata, operasi dijalankan pada jam 7 pagi sehingga 8.30 pagi.
Operasi terbabit memeriksa sebanyak 120 kereta dan 30 motosikal.
Sebanyak 22 notis saman dikeluarkan dengan membabitkan pelbagai kesalahan. Kesalahan yang paling banyak dikesan adalah melibatkan nombor plat kenderaan yang telah diubahsuai tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. -Journal Malaysia