Facebook Twitter Instagram
    Tuesday, 30 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Perdana Menteri: Tahniah Lee Zii Jia
    Sukan

    Perdana Menteri: Tahniah Lee Zii Jia

    adminBy admin22/03/2021Updated:22/03/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU | Kejayaan Lee Zii Jia merangkul kejuaraan Kejohanan Badminton All England mengujakan seluruh rakyat negara ini termasuk juga Perdana Menteri.Kegembiraan Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas kejayaan jaguh perseorangan badminton lelaki negara tersebut dikongsikan beliau menerusi facebooknya malam tadi.

    Tulis beliau, jadikanlah kejayaan tersebut sebagai perangsang untuk pemain muda itu bekerja lebih keras dan menjadi lebih cemerlang pada masa hadapan. “Syabas Lee Zii Jia! Anda wira kebanggaan negara…Tahniah juga kepada Persatuan Badminton Malaysia dan barisan kejurulatihan atas kejayaan ini.

    “Seluruh peminat sukan negara, khususnya badminton tentunya begitu teruja dengan kejayaan pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia merangkul kejuaraan Kejohanan Badminton All England, sebentar tadi,” katanya menerusi facebooknya.

    Muhyiddin juga berkata, sudah tentunya kejayaan menundukkan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Viktor Axelson memberi makna besar dan suntikan motivasi buat pemain muda negara selepas ditewaskan pemain yang sama di peringkat separuh akhir kejohanan ini, tahun lepas. Kejuaraan manis pemain nombor 10 dunia itu menamatkan kemarau negara memenangi kejuaraan tersebut.

    Dalam kejohanan yang berlangsung di Birmingham itu Zii Jia menewaskan juara bertahan, Viktor 30-29, 20-22,21-9 pada aksi final di Utilita Arena, Birmingham.Kali terakhir pemain Malaysia menawan bumi Birmingham adalah menerusi legenda negara, Datuk Lee Chong Wei yang menjuarai Seluruh England pada edisi 2017 yang menewaskan pemain China, Si Yu Qi. – Journal Malaysia

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleJambatan Gantung Runtuh, 10 Pengunjung Terjatuh Dalam Anak Sungai
    Next Article Letusan gunung berapi di Fagradalsfjall, Reykjavik, Iceland
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.