KOTA BHARU | Seramai empat anggota polis dan 29 banduan terselamat apabila trak ‘black maria’ yang dinaiki mereka terbakar di Kampung Demit, Kubang Kerian, di sini, hari ini.
Kejadian jam 9 pagi itu, mereka dalam perjalanan dari Pengkalan Chepa ke pusat kuarantin COVID-19 di Batu Jong di Kuala Krai.
Katanya, akibatnya motosikal dan mangsa masuk ke laluan bertentangan serta kenderaannya terperosok di bawah trak ‘black maria’.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, kejadian itu turut meragut nyawa seorang lelaki berusia 21 tahun selepas motosikalnya merempuh belakang Proton Saga.

“Trak berkenaan menekan brek sejauh 50 meter, namun tidak sempat mengelak mangsa yang terperosok di bawah kenderaan.
“Akibat perkara itu, mangsa yang dalam perjalanan untuk menghadiri latihan kelas memandu digilis lori berkenaan yang menyebabkan kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Kejadian itu menyebabkan trak ‘black maria’ musnah terbakar 80 peratus, namun kesemua polis dan tahanan yang berada di dalam kenderaan sempat keluar menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Menurutnya, semua banduan dipindahkan ke trak ‘black maria’ yang lain yang turut sama-sama dalam perjalanan ke Kuala Krai.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.