Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » EU panggil duta China untuk protes sekatan dikenakan Beijing
    Global

    EU panggil duta China untuk protes sekatan dikenakan Beijing

    adminBy admin24/03/2021Updated:25/03/2021No Comments3 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    PARIS | Beberapa negata Kesatuan Eropah (EU) termasuk Perancis dan Jerman memanggil duta China, semalam bagi memprotes sekatan dikenakan Beijing terhadap warganegara masing-masing.

    Lapor AFP, ia menyaksikan pertembungan antara China dan Eropah berhubung dakwaan penganiayaan dilakukan terhadap etnik minoriti Uighur beragama Islam di China.

    Pertikaian diplomatik itu meletus selepas EU, Britain dan Kanada menyenarai hitam empat bekas dan pegawai yang sedang berkhidmat di Xinjiang kelmarin, manakala Washington yang sudah mengenakan sekatan terhadap dua pegawai pada Julai tahun lalu, menambah dua lagi nama dalam senarainya.

    Ketegangan itu berlaku ketika EU mencari strategi berhubung China, di saat ketegangan antara Beijing dan Washington menjadi isu geopolitik nombor satu dunia.

    Disember lalu, EU dan China secara prinsip meluluskan perjanjian pelaburan, dan Brussels berharap ia akan membuka peluang berimpak tinggi, walaupun wujud kebimbangan dalam aspek hak asasi manusia.

    China yang berang menafikan menganiaya Uighur, dan bertindak balas dengan mengenakan sekatan terhadap 10 warga Eropah, termasuk lima Ahli Parlimen Eropah, serta dua anggota agensi EU dan dua kumpulan pemikir.

    Perancis pula turut mengkritik duta China atas sikap ‘yang tidak boleh diterima’ selepas memuat naik beberapa kenyataan di Twitter yang menyasarkan penggubal undang-undang dan penyelidik Perancis.

    “Cara kedutaan (China) dan nada digunakan dalam kenyataan awam adalah sangat tidak boleh diterima dan melampaui had yang diterima secara umum oleh mana-mana kedutaan di dunia,” kata seorang pegawai Kementerian Luar Perancis yang enggan dinamakan.

    Jerman yang menjadi kunci kepada hubungan kukuh antara EU dan Beijing, memanggil Duta China, Wu Ken, untuk ‘perbincangan penting’ di Kementerian Luar negara itu.

    Kementerian Luar Jerman berkata, duta China itu dimaklumkan, sekatan China terhadap Ahli Parlimen Eropah, saintis dan institusi politik serta badan bukan kerajaan adalah ketegangan yang tidak diperlukan antara EU dan China.

    Itali turut memanggil duta China untuk bertemu hari ini, kata Kementerian Luar Itali.

    Di Brussels, sumber kerajaan Belgium memaklumkan, duta China dijangka menghadiri pertemuan semalam berhubung sekatan terhadap penggubal undang-undang negara itu, Samuel Cogolati, yang membuat usul di Parlimen supaya tindakan keras terhadap Uighur disebut sebagai genosid atau pembunuhan beramai-ramai.

    Kementerian Luar Lithuania juga turut memanggil perwakilan Beijing apabila seorang daripada Ahli Parlimen negara itu menjadi sasaran sekatan berkenaan.

    Di Copenhagen, duta China, Feng Tie, dipanggil untuk bertemu di Kementerian Luar Denmark selepas Beijing mengenakan sekatan terhadap Perikatan Demokrasi, badan bukan berasaskan keuntungan yang diasaskan bekas Perdana Menteri Denmark dan bekas ketua NATO, Anders Fogh Rasmussen.

    Tindakan sama turut diambil oleh Sweden, susulan penyelidik warganegara itu, Bjorn Jerden, antara yang dikenakan sekatan.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleJangan naikkan harga petrol dan diesel buat sementara
    Next Article 2 bot nelayan Vietnam rompak hasil laut negara ditahan
    admin
    • Website

    Related Posts

    Emas C$20 juta ‘hilang’ dari lapangan terbang Toronto

    21/04/2023

    Genjatan senjata 72 jam di Sudan sempena Aidilfitri

    21/04/2023

    Indonesia akan haramkan seks di luar perkahwinan

    04/12/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.