Facebook Twitter Instagram
    Monday, 29 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » SPAN bina tangki sedutan bawah tanah di HRPZ II
    Am

    SPAN bina tangki sedutan bawah tanah di HRPZ II

    adminBy admin24/03/2021Updated:24/03/2021No Comments3 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU | Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah melaksanakan program khidmat masyarakat dengan membina sebuah tangki sedutan bawah tanah berkapasiti 3.5 meterpadu (m3) di Hospita Raja Perempuan Zainab II (HRPZII).

    Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan Dan Utiliti Negeri Kelantan Datuk Sr. Haji Azami Mohd. Nor berkata, ianya telah beroperasi mulai 5 November 2020 bagi membekalkan air terawat ke Blok Wad Lama.

    Katanya, lori Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) ke HRPZ II sehingga enam perjalanan sehari iaitu sehingga 48 m3 sehari.

    “AKSB juga kini sedang menjalankan pemasangan paip baharu sepanjang 60 kilometer (km) di Bandar Kota Bharu (DMA Merbau) melalui Projek Penukaran Paip Pakej 7 dan Pakej 4 Tahun 2018 di bawah pembiayaan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) yang melibatkan Kompleks HRPZII.

    “Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada April 2021 dan dijangka menyelesaikan 60% daripada masalah bekalan air terawat di HRPZII,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah AKSB berkata, sehingga 22 Mac lalu, projek ini telah berjaya menyambungkan paip baharu, dan telah meningkatkan aliran air dan tekanan air ke tangki-tangki di Blok Wad Lama Unit Sajian & Dietetik dan Blok Fasa 1.

    Katanya, antara perancangan AKSB untuk mengatasi gangguan bekalan air terawat HRPZ II dengan membina paip khusus dari Tangki Merbau ke hospital itu.

    “Tender bagi projek ini telah diiklankan pada 11 Februari dan telah ditutup pada 9 Mac lalu. Keputusan penilaian tender sudah dibentangkan kepada Jawatankuasa Tender Lembaga Pengarah AKSB pada semalam.

    “Anggaran kos projek ini adalah RM800 ribu dengan tempoh pelaksanaan selama dua bulan. Paip khusus ini akan memastikan jaminan agihan bekalan air terawat dari Tangki Merbau ke semua tangki di Kompleks HRPZII.

    “Selain itu, kita juga membina sebuah telaga tiub berkapasiti 1.5 juta liter sehari (JLH) bagi menambah sumber air mentah ke LRA Kg Puteh. Ia akan meningkatkan pengeluaran LRA Kg Puteh dan seterusnya meningkatkan agihan bekalan air terawat ke Tangki Merbau. Dokumen untuk perolehan ini sedang disediakan dan tender dirancang diiklan pada April 2021,” katanya.

    Beliau berkata, sistem agihan air terawat akan ditingkatkan di Bandar Kota Bharu yang melibatkan Kompleks HRPZII sebaik siapnya Projek LRA Kg Telok (Mei 2021) dengan kapasiti 30 JLH dan Projek Penambahan Sumber Air Mentah sebanyak 10 JLH dari Medan Telaga Tok Jaafar ke LRA Pintu Geng pada Ogos 2021.

    Katanya, kedua-dua projek ini akan mengurangkan kawasan agihan air terawat dari LRA Kg Puteh dan LRA Tanjung Mas.

    “AKSB akan memastikan perancangan disebutkan itu dapat direalisasikan sebagaimana jadual. Dengan terlaksananya perancangan ini, gangguan bekalan air terawat di Kompleks HRPZ II akan diatasi.

    “Pada masa yang sama, adalah disyorkan pihak HRPZ II dapat menjalankan audit ke atas penggunaan air terawat di premisnya berdasarkan 11 akaun dan meningkatkan kecekapan agihan air di dalam Kompleks HRPZ II.

    “Analisa penggunaan air terawat di HRPZII menunjukkan kadar penggunaan air per kapita yang tinggi dan kadar kehilangan air yang tinggi di dalam sistem agihan di Kompleks HRPZ II, katanya.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleMinyak Masak Subsidi Disorok di Kondominium Dirampas
    Next Article Pegawai JIM patah ibu jari dalam Op Selera
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.