THAILAND | Seekor cacing pita sepanjang kira-kira 18 meter ditemui dalam usus seorang lelaki, menjadikan terpanjang pernah dilihat dalam tempoh 50 tahun di Thailand.
Lapor Daily Mail, pesakit berusia 67 tahun itu pada mulanya mengalami sakit perut dan bergegas ke hospital di wilayah Nong Khai, di sini, minggu lalu.
Doktor Schawanya Rattanapitoon yang menemui cacing pita atau nama saintifiknya Taena Saginata dilaporkan terkejut sebaik memeriksa perut pesakit berkenaan.
“Perasit yang boleh hidup dalam usus manusia selama lebih 30 tahun ini dipercayai dari daging lembu mentah.
“Ketika jangkitan usus berlaku, kepala cacing pita akan melekat pada dinding usus dan proglottid itu menghasilkan telur. Hasil ujian makmal mendapati, sebanyak 28 telur ditemui pada usus terbabit
“Namun jika pesakit makan ubat, ia boleh mematikan parasit berkenaan,” katanya.
Katanya, pihak hospital turut meminta ahli keluarga pesakit untuk menjalani pemeriksaan kesihatan bagi mengetahui sama ada mereka alami perkara yang sama atau sebaliknya.
“Kami menegaskan kepada mereka yang gemar memakan daging mentah agar lebih berwaspada kerana itu salah satu penyebab utama cacing pita boleh berada di dalam badan,” katanya cacing pita itu berjaya dikeluarkan melalui rektum pada 20 Mac lalu.