Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » ‘Godzilla’ mungkin mati akibat obesiti
    Global

    ‘Godzilla’ mungkin mati akibat obesiti

    adminBy admin25/03/2021Updated:25/03/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    news18.com

    BANGKOK | Seekor monyet gemuk yang dirantai di sebuah gerai di pasar Thailand dibimbangi akan mati akibat obesiti jika sikap pengunjung yang gemar menyuapkan haiwan itu dengan makanan ringan berterusan.

    Lapor Daily Star, monyet jantan berusia tiga tahun itu dinamakan Godzilla dan ia boleh dllihat di sebuah pasar di daerah Min Buri, dekat sini dengan memakai kameja-T.

    Pengunjung dilihat terus berkerumun di gerai di pasar itu dan berusaha memberi makan kepada haiwan berkenaan.

    Nasib Godzilla dikhuatiri akan mengulang kisah sedih seekor lagi monyet obes dikenali sebagai Pakcik Gemuk yang dipercayai mati akibat terlebih makan.

    Ia selepas berat badan monyet liar itu meningkat berikutan makan makanan ringan diberikan orang ramai di Thailand pada 2017.

    Pakcik Gemuk kemudian dihantar ke kem khusus untuk haiwan obes tetapi kali terakhir dilihat pada Jun 2019 sebelum hilang dan dia ianggap mati.

    Penjaga kedai Manop mengatakan dia memelihara Godzilla selepas haiwan itu ditinggalkan pemilik sebelumnya.

    Sejak dibela manusia, Godzilla tidak tahu bagaimana mencari makanan sendiri.

    Berat Godzilla dikatakan mencecah lebih 20 kilogram yang hampir sama dengan Pakcik Gemuk yang mempunyai berat 27 kilogram dan berusia sekitar 10 hingga 15 tahun.

    Manop mengatakan Godzilla melakukan senaman setiap pagi tetapi masih gemuk.

    Godzilla juga tidak suka disentuh oleh orang yang tidak dikenali dan akan mula berkelakuan liar jika tidak menyukai orang itu.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePil Captagon dipercayai dadah baharu merangsang keberanian
    Next Article 100 akaun Facebook penggodam China dibuang, 500 lagi bakal dimansuhkan
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.