Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Lebih 1,000 bot nelayan asing dirampas APMM sejak 2006
    Am

    Lebih 1,000 bot nelayan asing dirampas APMM sejak 2006

    adminBy admin25/03/2021Updated:25/03/2021No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Foto Astro Awani

    JOHOR BHARU | Lebih 1,000 bot nelayan asing yang menceroboh perairan negara bagi menangkap ikan tanpa kebenaran ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), sejak 2006.

    Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som, berkata bagi tahun ini sahaja, kira-kira 200 bot nelayan asing ditahan yang kebanyakannya dari Vietnam.

    Katanya, sebahagian bot nelayan yang dirampas untuk dilucutkan hak bagi dijadikan tukun tiruan juga sudah ditenggelamkan APMM.

    “Selain Vietnam, bot nelayan asing yang bernilai RM1.5 juta dari Thailand, Filipina dan Indonesia turut dikesan menceroboh perairan negara terutama di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

    “Hasil pelbagai operasi dijalankan APMM di sepanjang perairan negara termasuk Op Kuda Laut dan Op Naga, kegiatan nelayan asing menangkap ikan tanpa kebenaran di kawasan perairan negara dapat ditangani.

    “Ini terbukti apabila tiada lagi aduan bot nelayan asing berada di perairan negara sejak tiga hari lalu,” katanya pada sidang media di APMM Johor, di sini, hari ini.

    Mohd Zubil berkata, pihaknya memandang serius isu nelayan asing menceroboh perairan negara dan akan bertindak tegas bagi mengekang kebanjiran mereka yang menangkap hasil laut negara tanpa kebenaran.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleSatu lagi Kluster baharu di Kelantan
    Next Article Pil Captagon dipercayai dadah baharu merangsang keberanian
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.