Facebook Twitter Instagram
    Tuesday, 30 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Tiga Maut Dalam Gempa Bumi di Xinjiang, China
    Global

    Tiga Maut Dalam Gempa Bumi di Xinjiang, China

    adminBy admin25/03/2021Updated:25/03/2021No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Foto civilengineer

    BEIJING: Gempa bumi dengan magnitud 5.4 di Xinjiang, wilayah barat China, sebelum subuh hari ini menyebabkan tiga penduduk maut.

    Gegaran turut menyebabkan kerosakan bumbung kediaman dan ratusan mangsa terpaksa dipindahkan, lapor media tempatan.

    Gempa yang melanda daerah Baicheng di wilayah barat laut Aksu itu berlaku pada jam 5.14 pagi waktu tempatan, menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC).

    Rakaman menunjukkan bangunan bergoyang dalam suasana gelap sementara terdapat rumah yang bumbungnya runtuh akibat gegaran kuat. “Gempa bumi itu menyebabkan tiga kematian dan 65 buah rumah musnah,” lapor stesen penyiaran kerajaan China, CCTV.

    Stesen berkenaan turut memaklumkan terdapat 10 gempa susulan dengan magnitud tertinggi dicatatkan pada ukuran 3.4. Selepas kemusnahan kediaman dan kehilangan haiwan ternakan, pemimpin kampung yang terjejas mendirikan tapak penempatan sementara untuk kemudahan penduduk.

    Gempa bumi itu turut menyebabkan perkhidmatan kereta api antara ibu kota wilayah Urumqi dan kawasan seperti Hotan dan Aksu terpaksa ditunda, lapor agensi media Xinhua.

    China kerap dilanda gempa bumi, terutama di kawasan pergunungan di bahagian barat dan barat daya. – AFP

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePersatuan Ulama’ Malaysia sokong kerajaan fail rayuan memperjuangkan kalimah Allah
    Next Article Brazil Catat Lebih 3,000 Kematian Sehari Akibat COVID-19
    admin
    • Website

    Related Posts

    Emas C$20 juta ‘hilang’ dari lapangan terbang Toronto

    21/04/2023

    Genjatan senjata 72 jam di Sudan sempena Aidilfitri

    21/04/2023

    Indonesia akan haramkan seks di luar perkahwinan

    04/12/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.