Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Anak Maradona dapat kerakyatan Argentina
    Global

    Anak Maradona dapat kerakyatan Argentina

    adminBy admin26/03/2021Updated:26/03/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    ROME | Diego Armando Maradona Junior dari Itali anak kepada legenda bola sepak Argentina diberikan kerakyatan negara bapanya, hari ini.

    Diego Junior, 34, bersara daripada bola sepak divisyen bawahan, melekapkan permohonan pasport dalam satu majlis di konsulat Argentina dekat Rome.

    Bercakap kepada AFP dalam bahasa Sepanyol dengan diselangi loghat daerah Argentina, dia berkata dia berasa dirinya seperti separuh Neapolitan dan separuh lagi Argentina.

    “Saya warga Neapolitan kerana saya sentiasa tinggal di Naples. Saya fikir warga Neapolitan sentiasa berfikir berbeza daripada Itali,” kata Diego Junior.

    “Dan 50 peratus lagi (adalah Argentina) kerana bapa saya sentiasa menerapkan kepada kami kecintaan kepada Argentina, rakyatnya dan mengenai negara itu.” katanya.

    Diego Junior dilahirkan dengan salah satu perkahwinan Maradona ketika dia beraksi untuk Napoli, dan bapanya mengenalinya selepas permohonan di mahkamah.

    “Bapa saya seseorang yang dapat memberikan kegembiraan kepada orang. Tidak hanya pemain bola sepak di padang… dia mempunyai karisma yang kadangkala membuatkan anda tidak dapat mengeluarkan kata-kata,” menurutnya.

    Maradona diiktiraf antara pemain bola sepak terhebat dalam sejarah sukan itu. Dia meninggal dunia November lalu pada usia 60 tahun, seminggu selepas menjalani pembedahan otak bagi mengeluarkan darah beku.

    Dia menjadi idola di Argentina dan Naples, di mana dia beraksi dari 1984 hingga 1991 dan membantu kelab tempatan, Napoli menjulang hanya dua kejuaraan Serie A mereka.- AFP

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleBertambah dua lagi kluster baharu di Kelantan
    Next Article Iran will start domestic production of Sputnik V vaccine
    admin
    • Website

    Related Posts

    Dua maut kereta elektrik Nio terhumban dari tingkat tiga

    25/06/2022

    Thailand mansuhkan pemakaian pelitup muka di semua kawasan

    25/06/2022

    Singapura longgar sekatan pergerakan pekerja asing

    25/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk
    • “Demi menambah tabungan negara, saya tiada masalah”
    • Segera konsultasi dengan parti-parti politik bincang Akta Pendanaan Politik
    • PAS kumpul lebih sejuta ahli setelah proses pemutihan
    • Malaysia rancang subsidi RM77.3 bilion perangi inflasi
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.