Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Apa kata pemimpin tangguh undi 18 tahun
    Politik

    Apa kata pemimpin tangguh undi 18 tahun

    adminBy admin26/03/2021Updated:26/03/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    President PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. (Starpic by G.C.TAN/The Star-28th SEPT.2019)

    KOTA BHARU | Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak menunda pelaksanaan pendaftaran pengundi 18 tahun sehingga selepas September 2021 mungkin sudah dijangka sesetengah pihak.

    Pun begitu, pengumuman SPR semalam yang memutuskan untuk membuat penangguhan selepas beberapa pemimpin parti dari sayap pemuda menuntut pendirian kerajaan terhadap status Undi-18 itu, mendapat pelbagai reaksi pimpinan.

    Antara yang menariknya adalah buah fikiran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sentiasa dilihat tenang dan menyokong ketetapan SPR meskipun ada tentangan pihak lain.

    Ahli Parlimen Marang itu hari ini seusai mengadakan Kuliah Kuliah Dhuha Jumaat di Masjid Rusila, Marang, memberitahu pemberita yang PAS bersetuju ditangguhkan dengan mengambil kira faktor kematangan.

    Dengan memberikan hujah Abdul Hadi berkata, perkara lebih penting dalam memilih kerajaan adalah kematangan seseorang itu sebagaimana di sebut dalam Islam.

    “Kita (PAS) setuju (tangguh), tak ada kesan apa, yang penting kita (PAS) mahu rakyat yang matang memilih kerajaan yang matang.

    “Kalau rakyat mentah akan pilih kerajaan mentah. Oleh sebab itu kematangan yang penting,” katanya.

    Namun berlainan pula dengan pandangan, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang meluahkan kekecewaan terhadap keputusan disifatkan semena-semena itu.

    Kecewa dengan perkara itu, Khairy Jamaluddin berkata, alasan Perintah Kawalan Pergerakan yang digunakan adalah tidak munasabah.

    “Kenyataan SPR semalam berkenaan pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran automatik amatlah mengecewakan serta sama sekali tidak boleh diterima,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Terdahulu, Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh dilaporkan berkata, pendaftaran pengundi 18 tahun secara automatik dijangka ditangguhkan sehingga selepas September 2022.

    Sekatan pergerakan akibat pandemik mengganggu persiapan SPR untuk melaksanakan dasar berkenaan yang diluluskan Parlimen pada Julai 2019.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePengetua sekolah mohon maaf guna karikatur Nabi Muhammad SAW
    Next Article 1MDB masih ada hutang RM32.3 bilion
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.