Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » AS salur bantuan RM60 juta kepada penduduk Palestin
    Global

    AS salur bantuan RM60 juta kepada penduduk Palestin

    adminBy admin26/03/2021Updated:26/03/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Linda Thomas-Greenfield answers questions during her confirmation hearing before the Senate Foreign Relations Committee in Washington on Jan. 27. Greg Nash-Pool/Getty Images

    WASHINGTON | Sebanyak AS$15 juta (RM60 juta) bantuan disalurkan Amerika Syarikat (AS) kepada penduduk Palestin di Tebing Barat dan semenanjung Gaza bagi membantu memerangi pandemik Covid-19.

    Lapor AP, Duta AS, Linda Thomas menjelaskan bantuan daripada Agensi Pembangunan Antarabangsa AS itu bagi menyokong Perkhidmatan Bantuan Katolik dalam usaha menyediakan fasiliti penjagaan kesihatan untuk keluarga tersebut.

    Menurutnya, bantuan itu turut menyokong bantuan makanan kecemasan kepada masyarakat yang memerlukan disebabkan wabak yang melanda.

    “Bantuan ini sangat penting dan ini hanyalah secebis komitmen terhadap penduduk Palestin.

    “Sumbangan yang diberikan dapat membantu penduduk Palestin yang memerlukan sekali gus membawa lebih kestabilan dan keselamatan kepada Israel dan Palestin,” katanya yang membuat pengumuman ketika mesyuarat bulanan Asia Barat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

    Di bawah pentadbiran Presiden AS, Donald Trump sebelum ini, AS membekalkan sokongan yang tidak pernah diberikan sebelum ini terhadap Israel dengan mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu negara Israel, memanggil balik kedutaan AS dari Tel Aviv, memutuskan hubungan serta menyekat bantuan kewangan kepada penduduk Palestin.

    Namun, selepas Joe Biden mengambil alih pentadbiran AS, beliau mengumumkan akan memulihkan kembali hubungan dengan penduduk Palestin dan memperbaharui bantuan kepada pelarian Palestin.

    Menurut Thomas, bantuan bernilai jutaan dolar itu selari dengan pendekatan dan komitmen AS untuk membanteras pandemik Covid-19 dan memastikan bekalan makanan terjamin di seluruh dunia.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleGereja Katolik New Zealand mohon maaf benarkan penderaan berlaku
    Next Article Lukisan karya Vincent Van Gogh dijual RM63.5 juta
    admin
    • Website

    Related Posts

    Tiga ejen laut warga Indonesia tanpa dokumen sah, ceroboh perairan negara ditahan

    25/06/2022

    28 PATI ditahan di Tanah Merah dan Bukit Kayu Hitam

    25/06/2022

    51 PATI warganegara Myanmar ditahan

    25/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk
    • “Demi menambah tabungan negara, saya tiada masalah”
    • Segera konsultasi dengan parti-parti politik bincang Akta Pendanaan Politik
    • PAS kumpul lebih sejuta ahli setelah proses pemutihan
    • Malaysia rancang subsidi RM77.3 bilion perangi inflasi
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.