BEIJING | Didakwa ‘menyebarkan maklumat palsu’ mengenai layanan Beijing terhadap penduduk etnik Uighur di Xinjiang, China hari ini mengumumkan sekatan terhadap sembilan warga United Kingdom (UK) dan empat entiti.
Lapor AFP, tindakan itu diambil selepas kuasa Barat termasuk Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) bertegas mendakwa China mencabul hak asasi manusia di wilayah berkenaan.
Antara individu yang dikenakan sekatan China termasuk bekas pemimpin Parti Konsrvatif, Duncan Smith dan beberapa ahli politik lain.
Menurut satu kenyataan Kementerian Hal Ehwal Luar China, sebelum ini, UK mengenakan sekatan terhadap beberapa rakyatnya serta entiti berhubung isu hak kemanusiaan di Xinjiang.
“Kini, kami pula mengambil langkah sama kerana UK menyebarkan maklumat salah dan penuh penipuan mengenai tindakan China di Xinjiang,” kata kenyataan itu.