Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Pemandu jengkaut maut tertimbus tanah runtuh
    Am

    Pemandu jengkaut maut tertimbus tanah runtuh

    adminBy admin26/03/2021Updated:26/03/2021No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    BALING | Seorang pemandu jengkaut maut selepas tertimbus tanah runtuh di belakang sebuah rumah di Kampung Ulu Tawar, Malau, di sini, petang tadi.

    Kejadian tanah runtuh itu dipercayai berlaku selepas mangsa, Muhammad Firdaus Adnan, 20, melakukan kerja-kerja mengorek tebing bukit dan meratakan tanah dengan menggunakan jentera berkenaan di tempat kejadian pada jam 4 petang.

    Ketua Polis Daerah, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, sebelum kejadian, mangsa yang bekerja sebagai pemandu jengkaut itu mengorek tebing bukit seorang diri.

    “Ketika melakukan kerja-kerja menggorek tebing bukit dan meratakan tanah itu, mangsa dipercayai turun dari jentera berkenaan untuk membuang air kecil.

    “Ketika itu, tanah tebing yang dikoreknya itu runtuh sebelum menghempap mangsa. Berikutan itu, mangsa tercampak ke jentera berkenaan dan terdapat kesan luka pada badan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

    Difahamkan kerja-kerja mengorek tebing bukit dan meratakan tanah itu dilakukan untuk dijadikan tapak rumah.

    Menurutnya, tiada sebarang unsur jenayah di tempat kejadian dan kesan-kesan luka pada tubuh badan mangsa adalah akibat daripada kejadian runtuhan tanah.

    “Mayat mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 5.10 petang sebelum dibawa ke Hospital Daerah Kulim untuk bedah siasat.

    “Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat,” katanya.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleIran will start domestic production of Sputnik V vaccine
    Next Article Japanese Prime Minister Suga to invite President Biden to Tokyo Olympics
    admin
    • Website

    Related Posts

    Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk

    26/06/2022

    “Demi menambah tabungan negara, saya tiada masalah”

    26/06/2022

    Segera konsultasi dengan parti-parti politik bincang Akta Pendanaan Politik

    26/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk
    • “Demi menambah tabungan negara, saya tiada masalah”
    • Segera konsultasi dengan parti-parti politik bincang Akta Pendanaan Politik
    • PAS kumpul lebih sejuta ahli setelah proses pemutihan
    • Malaysia rancang subsidi RM77.3 bilion perangi inflasi
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.