Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Pengetua sekolah mohon maaf guna karikatur Nabi Muhammad SAW
    Global

    Pengetua sekolah mohon maaf guna karikatur Nabi Muhammad SAW

    adminBy admin26/03/2021Updated:26/03/2021No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    LONDON | Seorang guru di sebuah sekolah di Yorkshire yang menggunakan karikatur Nabi Muhammad SAW sebagai bahan pembelajaran membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan ibu bapa.

    Berikutan itu, pengetua sebuah sekolah di Yorkshire, England memohon maaf kepada golongan ibu bapa berhubung tindakan gurunya itu.

    Lapor Arab News, kejadian itu berlaku di Sekolah Tatabahasa Batley dan guru berkenaan dilaporkan menggunakan gambar karikatur Nabi Muhammad yang pernah disiarkan dalam akhbar Charlie Hebdo ketika mengajar kelas agama pada awal minggu ini.

    Menerusi satu emel, pengetua sekolah, Gary Kibble mengakui guru berkenaan menggunakan bahan pembelajaran yang tidak sepatutnya dan boleh mencetuskan sensitiviti yang berat dalam kalangan komuniti di sekolah berkenaan.

    “Sehubungan itu, kami amat menyesali dengan insiden yang berlaku dan kami memohon maaf kepada semua pihak,” kata Kibble.

    Terdahulu, kumpulan ibu bapa melancarkan protes dalam media sosial selepas mengetahui karikatur tersebut ditunjukkan kepada para pelajar semasa sesi pembelajaran.

    Kumpulan ibu bapa juga melancarkan protes di sekolah menyebabkan sesi persekolahan tertangguh dan polis dipanggil bagi meredakan keadaan.

    Akhbar tempatan, Examiner Live melaporkan, guru terbabit sudah digantung perkhidmatan, namun belum disahkan oleh pihak sekolah.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleLukisan karya Vincent Van Gogh dijual RM63.5 juta
    Next Article Apa kata pemimpin tangguh undi 18 tahun
    admin
    • Website

    Related Posts

    Dua maut kereta elektrik Nio terhumban dari tingkat tiga

    25/06/2022

    Thailand mansuhkan pemakaian pelitup muka di semua kawasan

    25/06/2022

    Singapura longgar sekatan pergerakan pekerja asing

    25/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk
    • “Demi menambah tabungan negara, saya tiada masalah”
    • Segera konsultasi dengan parti-parti politik bincang Akta Pendanaan Politik
    • PAS kumpul lebih sejuta ahli setelah proses pemutihan
    • Malaysia rancang subsidi RM77.3 bilion perangi inflasi
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.