Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Angka Covid-19 hantar ‘isyarat’ untuk Kelantan
    Am

    Angka Covid-19 hantar ‘isyarat’ untuk Kelantan

    alisha natashaBy alisha natasha27/03/2021Updated:27/03/2021No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU | Trend peningkatan kes harian Covid-19 di Kelantan sebenarnya sudah menghantar ‘isyarat’ kepada semua pihak di negeri ini supaya patut bimbang dengan keadaan itu.

    Sebagaimana disuarakan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dalam satu kenyataan menerusi facebooknya hari ini, seharusnya semua perlu berwaspada.

    Kebimbangan Ahmad ada asasnya, apabila semalam kes di Kelantan bertambah kepada 86 berbanding kelmarin 63 kes dan sebelum itu 49 kes.

    Ahmad berkata, selain itu dua kluster baharu direkodkan di Kelantan iaitu Kluster Paya Bemban yang melibatkan tempat kerja dan Kluster Pulau Nangka, Tumpat membabitkan kes dalam komuniti.

    “Kita perlu merasa bimbang dan berwaspada dengan situasi tersebut,” katanya malam tadi.

    Katanya juga, kadar kebolehjangkitan ketika ini turut menunjukkan peningkatan dengan kadar 1.14 dilaporkan pada semalam.

    “Oleh itu, pematuhan prosedur operasi standard dan setiap garis panduan merupakan tanggungjawab kita secara bersama.

    “Saya menyeru rakyat Kelantan untuk mengambil peranan dan tanggungjawab tersebut secara bersama lebih- lebih lagi di musim cuti sekolah ketika ini,” katanya.

    Nasihatnya juga, kerjasama daripada semua merupakan kunci utama untuk memutuskan rantaian jangkitan di negeri ini.

    Semua ini katanya, supaya rakyat dapat menyambut ketibaan bulan Ramadan dengan suasana yang selamat dan selesa.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous Article32 maut, 66 cedera apabila 2 kereta api bertembung
    Next Article EXTREMISTS” win big in Israeli election?
    alisha natasha

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.