Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Jumlah Daftar Vaksin COVID-19 Masih Rendah
    Am

    Jumlah Daftar Vaksin COVID-19 Masih Rendah

    adminBy admin27/03/2021Updated:27/03/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Foto Shutterstock.com

    IPOH | Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan digesa meningkatkan lagi pendedahan mengenai keperluan mengambil vaksin COVID-19 memandangkan jumlah yang mendaftar untuk mendapatkan vaksin kurang daripada 50 peratus keseluruhan rakyat Malaysia.

    Pendedahan termasuk kempen serta khidmat nasihat itu perlu diadakan secara besar-besaran dan menyeluruh supaya rakyat faham serta prihatin dengan keperluan vaksin berkenaan.

    Setiausaha Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Perak, Datuk Dr Zulkifli Abdul Aziz berkata, walaupun jumlah rakyat negara ini melebihi 32.7 juta orang, namun yang mendaftar adalah kurang 50 peratus walaupun program vaksin kini akan memasuki fasa kedua.

    “Walaupun pendaftaran vaksin boleh dilakukan melalui aplikasi selain di hospital atau klinik, hotline, program tertentu dan laman sesawang, namun jumlah yang mendaftar dianggap kecil.

    “Sesuatu perlu dilakukan bukan sahaja dari segi kempen, malah penerangan termasuk turun padang berjumpa rakyat.

    “Selagi jumlah yang mendaftar adalah kecil, pandemik ini tidak akan selesai sebelum keseluruhan rakyat negara ini divaksinkan,” katanya.

    Beliau berkata, seluruh agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan hendaklah sama-sama membantu memberi pendedahan mengenai keperluan mengambil vaksin ini.

    Katanya, pendedahan itu dapat menangkis pelbagai tanggapan negatif mengenai vaksin Covid-19.

    “Semua pihak termasuk masjid, ketua kampung, NGO serta agensi-agensi penguat kuasa lain dan pihak berkuasa tempatan perlu sama-sama mempertingkatkan kempen membantu kerajaan member pendedahan mengenai vaksin ini.

    “Kita tidak boleh hanya serahkan tugas tersebut hanya kepada Kementerian Kesihatan.

    “Jika ramai rakyat Malaysia yang tidak daftar atau enggan mengambil vaksin ini, dikhuatiri masalah pandemik ini tidak akan selesai,” katanya.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleIndonesia rancang buka Bali untuk pelancong asing
    Next Article Three of Russia’s nuclear submarines emerge from under Arctic ice for first time in history
    admin
    • Website

    Related Posts

    Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk

    26/06/2022

    “Demi menambah tabungan negara, saya tiada masalah”

    26/06/2022

    Segera konsultasi dengan parti-parti politik bincang Akta Pendanaan Politik

    26/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    Recent Posts
    • Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk
    • “Demi menambah tabungan negara, saya tiada masalah”
    • Segera konsultasi dengan parti-parti politik bincang Akta Pendanaan Politik
    • PAS kumpul lebih sejuta ahli setelah proses pemutihan
    • Malaysia rancang subsidi RM77.3 bilion perangi inflasi
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.