Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Kerajaan akan teliti rentas negeri sempena Aidilfitri – PM Muhyiddin
    Am

    Kerajaan akan teliti rentas negeri sempena Aidilfitri – PM Muhyiddin

    adminBy admin27/03/2021Updated:27/03/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin - Foto BERNAMA

    MUAR | Kerajaan akan meneliti mengenai kebenaran pergerakan rentas negeri bersempena Aidilfitri yang akan disambut pada pertengahan Mei depan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    Pada masa sama, beliau turut membayangkan kemungkinan membenarkan solat sunat Aidilfitri serta aktiviti takbir raya dan kunjung-mengunjung ke rumah berdekatan selepas kerajaan sebelum ini memberikan kebenaran mengadakan solat sunat tarawih pada Ramadan kali ini.

    “Lepas ini, besok (nanti) nak raya, mungkin boleh buat solat raya bersama-sama takbir dan sebagainya, atapun selepas itu boleh ziarah, kalau rumah sebelah bolehlah kot, tapi nak rentas negeri balik kampung, saya belum dapat nak bagi jawapan.

    “Untuk itu, kita akan teliti… insya-Allah, nanti akan diumumkan pada masa yang sesuai,” katanya ketika berucap pada majlis Sarapan Pagi bersama masyarakat Felcra Bukit Kepong, di sini, hari ini.

    Terdahulu, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh mengingatkan masyarakat agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk memastikan kes COVID-19 di negara ini termasuk di Johor terus berkurangan.

    “Keadaan (COVID-19) di Johor sudah bertambah baik sedikit tapi belum sampai ke (tahap) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kalau PKPP kita hampir sudah boleh bergerak dan menjalankan tugas seperti biasa tetapi sini (Johor) belum sampai ke tahap itu,” kata Muhyiddin.

    Justeru, beliau berkata tanggungjawab untuk memastikan keadaan bertambah baik terletak di bahu setiap pemimpin dan semua lapisan masyarakat terutama dalam memastikan pematuhan SOP COVID-19 dilaksanakan dengan sebaiknya.
    Menurut Muhyiddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, pandemik COVID-19 meletakkan negara dalam keadaan paling sukar dalam sejarahnya kerana perlu mendepani masalah kesihatan dan ekonomi yang membawa implikasi besar kepada kehidupan rakyat.

    Sehubungan itu kata beliau, kerajaan Perikatan Nasional memperuntukkan sejumlah wang yang besar antara RM325 billion dan RM330 bilion untuk membantu rakyat.

    “Kita telah keluarkan peruntukan besar untuk tolong rakyat. Tujuannya tidak lain supaya rakyat kita berpeluang hidup, dapat pendapatan,” katanya.
    Beliau berkata diharapkan dengan peruntukan itu, kerajaan boleh bersama-sama dengan rakyat menjana aktiviti dalam negara sekali gus memulihkan ekonomi negara.

    Turut hadir ADUN Bukit Kepong Datuk Dr Sahruddin Jamal dan ADUN Tenang Mohd Solihan Badri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri.- BERNAMA

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleKempunan tak sempat pindah rokok seludup
    Next Article Meremajakan UMNO bukan sekadar penghias ucapan
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.