Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Neelofa dan PU Riz sudah kahwin
    Seni Hiburan

    Neelofa dan PU Riz sudah kahwin

    adminBy admin27/03/2021Updated:27/03/2021No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Foto Ihsan Pembaca

    KUALA LUMPUR | Neelofa atau nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor, 32, hari ini sah bergelar isteri kepada seorang pendakwah bebas, PU Riz dalam satu majlis perkahwinan di sebuah hotel di ibu negara.

    Pengacara dan usahawan terkenal itu, dinikahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohammad Al-Bakri.

    Hanya dengan sekali lafaz, Neelofa sah menjadi isteri kepada PU Riz atau nama sebenar Muhammad Haris Mohd Ismail, 26, dengan berwalikan adik kandung Neelofa, Mohd Aqief Mohd Noor.

    Pihak perempuan menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin daripada pihak lelaki dan untuk hantaran pilihannya dan Haris hanya memberi yang wajib sahaja.

    “Kami hanya memberi yang wajib,bagaimanapun untuk mas kahwin saya telah menerima sebentuk cincin daripada pihak lelaki,” kata Neelofa dalam satu kenyataan hari ini.

    Majlis pernikahan yang diadakan di Hotel Grand Hyatt dibuat secara tertutup dan dihadiri ahli keluarga terdekat serta beberapa rakan selebriti yang lain.

    Majlis majlis itu, Neelofa memilih busana rekaan Alia Bastamam.

    Manakala Haris serta tetamu mengenakan pakaian rona putih sempena majlis pernikahan yang berlangsung dalam sebuah dewan yang indah dihiasi bunga segar putih bertemakan Jabbal Rahmah di Mekah.

    Sebelum ini, Neelofa dan Haris telah selamat mengikat tali pertunangan pada 1 November 2020.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleMeremajakan UMNO bukan sekadar penghias ucapan
    Next Article Warkah Sempena Perhimpunan Agung UMNO ke -75
    admin
    • Website

    Related Posts

    PAS wadah politik terbaik

    26/06/2022

    Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan

    26/06/2022

    12 mangsa bot hampir karam ditemui selamat

    26/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Khairy seru B40 lakukan saringan kesihatan PeKa B40
    • Kadar pengangguran negara turun kepada 3.9 peratus
    • Ibu maut, anak cedera kemalangan
    • PAS wadah politik terbaik
    • Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.