Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Remaja lari rumah dicekup khalwat
    Am

    Remaja lari rumah dicekup khalwat

    adminBy admin27/03/2021Updated:27/03/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Alor Setar: Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang dipercayai lari dari rumahnya di Pendang, akhirnya dicekup berkhalwat dengan seorang lelaki di sebuah bilik sewa di Lorong Titi Siam, Jalan Teluk Wanjah, di sini, hari ini.

    Memetik Harian Metro, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, berdasarkan maklumat awam yang diterima 2.15 pagi tadi, sepasukan anggota penguat kuasa Jaik melakukan serbuan di bilik sewa berkenaan.

    Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati terdapat seorang lelaki dan remaja perempuan dalam bilik berkenaan.

    “Hasil soal siasat mendapati mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen atau bukti mempunyai hubungan suami isteri atau mahram sah.

    “Oleh yang demikian, perbuatan mereka tinggal berdua-duaan di bilik sewa itu menimbul syak mereka melakukan maksiat dan ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Radzi berkata, pemeriksaan lanjut mendapati, pasangan itu dipercayai tinggal di bilik sewa itu sejak sebulan lalu.

    Beliau berkata, siasatan juga mendapati, remaja perempuan itu dipercayai melarikan diri dari rumah.

    “Lelaki itu juga berusia 18 tahun dan kedua-dua mereka berasal dari Pendang.

    “Lelaki itu bekerja sebagai pemotong rumput manakala remaja perempuan itu bekerja di kedai barangan terpakai,” katanya.

    Radzi berkata, pasangan itu kemudian dibawa ke Pejabat Agama Daerah Kota Setar untuk diambil keterangan.

    Katanya, bapa remaja perempuan itu kemudian datang ke pejabat agama untuk menjamin anaknya manakala lelaki itu dibebaskan dengan jaminan keluarga.

    “Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana berkurung sehingga mendatangkan syak melakukan maksiat.

    “Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleUMNO perlu lakukan persiapan awal PRU-15
    Next Article At least 50 protesters killed in Myanmar on ‘day of shame for armed forces’
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.