Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Sektor industri disaran ‘ambil’ sungai angkat
    Am

    Sektor industri disaran ‘ambil’ sungai angkat

    adminBy admin27/03/2021Updated:27/03/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    SEPANG | Sungai di negara ini disaran menjadi sungai angkat kepada sektor industri supaya dapat bersama-sama menjadi penyumbang kepada kelestarian alam sekitar.

    Lapor Bernama, Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata melalui usaha ini ia juga dapat mengubah imej industri dan kilang daripada penyebab pencemaran sungai kepada penjaga kelestarian sungai.

    “Imej industri sekarang ini dianggap sebagai penyumbang kekotoran (dan) kita nak tukar imej berkenaan biar industri tu jaga sungai.

    “Contoh, sepanjang denai sungai 30 kilometer, mungkin setiap industri ambil 200 meter, (dan kawasan) itu di bawah seliaan mereka yang mereka akan membiaya kos penyelenggaraan sungai dan turut sama bersama kakitangan mereka membersihkan sungai terbabit,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Perasmian Denai Sungai Kebangsaan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) di Sungai Jenderam, dekat sini hari ini.

    Tuan Ibrahim turut menggalakkan universiti untuk bersama-sama mengambil peranan menjaga sungai yang berhampiran dengan kampus dan dalam masa yang sama mendidik masyarakat untuk menghargai sumber air.

    Sementara itu, SPAN dalam kenyataan medianya menyatakan Sungai Jenderam sepanjang dua kilometer di Kampung Jenderam Hulu telah dijadikan sungai angkat kepada agensi itu dan inisiatif ini merupakan satu daripada langkah menyokong Program Denai Sungai Kebangsaan.

    “Matlamat utama program ini adalah untuk membangunkan kawasan tebing Sungai Jenderam sebagai kawasan rekreasi dan taman-taman awam dengan melibatkan orang ramai, komuniti setempat, badan bukan kerajaan dan agensi-agensi kerajaan.

    “SPAN berharap dengan usaha murni ini, orang awam khususnya komuniti tempatan dapat membuka minda dalam menjaga kebersihan sungai serta menghargai sumber air dan menghayati nilai flora dan fauna yang terdapat di sekelilingnya,” menurut kenyataan itu.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePolis masih ekstradisi 3 warga Thailand bunuh 2 anggota PGA
    Next Article Bekalan barangan dari Eropah mungkin terjejas
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.