Facebook Twitter Instagram
    Monday, 29 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Tak perlu takut suntik vaksin: Muhyiddin
    Am

    Tak perlu takut suntik vaksin: Muhyiddin

    alisha natashaBy alisha natasha27/03/2021Updated:27/03/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    MUAR | Meskipun kes harian Covid-19 menunjukkan trend penurunan namun Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini terus mengajak rakyat untuk mendaftar sebagai penerima suntikan.

    Muhyiddin meminta semua rakyatnya untuk segera mendaftar kerana tindakan bijak itu adalah demi kesejahteraan diri dan keluarga.

    Langkah berdaftar menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan juga katanya, adalah untuk mencapai imuniti kelompok dan setakat ini hanya tujuh juta orang sudah berdaftar.

    “Tidak perlu takut untuk menerima suntikan memandangkan saya dan isteri sendiri sudah menerima suntikan dua dos vaksin baru-baru ini.

    “Saya dan isteri sudah dapat vaksin dua kali. Tengok masih (sihat) macam ini. Tidak ada masalah, makan pun macam biasa, tidur macam biasa, jangan takut,” katanya hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Jom Ke Sekolah Parlimen Pagoh dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir Bersama Yayasan Pelajaran Mara di Kompleks Sukan Pagoh.

    Dalam masa sama, Muhyiddin mahu rakyat merebut peluang mendapatkan vaksin yang disediakan secara percuma oleh kerajaan.

    Beliau juga berharap agar jumlah rakyat Malaysia yang berdaftar mencapai angka antara 10 juta hingga 26 juta.

    Tegasnya, apabila ramai yang mendapatkan suntikan maka negara akan menjadi lebih selamat.

    “tu tujuan kerajaan bukan dengan niat apa, tetapi untuk menolong rakyat. Rakyat harus tolong diri sendiri untuk memastikan kehidupan yang selamat dan sihat,” katanya.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleJawapan balas Muhyiddin buat Tok Mat
    Next Article UMNO akan kekal dalam blok pembangkang jika berseorangan
    alisha natasha

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.