Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Banduan Melarikan Diri Dari Penjara, Berjaya Ditahan
    Am

    Banduan Melarikan Diri Dari Penjara, Berjaya Ditahan

    adminBy admin28/03/2021Updated:28/03/2021No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU | Banduan berusia 31 tahun yang meloloskan diri dari Penjara Pengkalan Chepa, semalam berjaya ditahan polis, hari ini.

    Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, lelaki terbabit berjaya ditahan pada 5 pagi tadi di daerah Tumpat.

    Katanya, anggota dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu dan Tumpat mengekori suspek yang menunggang motosikal Honda EX5 di kawasan Masjid Kelaboran, Tumpat.

    “Suspek berjaya ditahan ketika sedang bersembunyi di dalam tali air selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas ke dalam tali air di Kampung Terbak, Tumpat.

    “Suspek mengaku melarikan diri dari Penjara Pengkalan Chepa pada jam 10 pagi semalam dan dia kemudiannya dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan,” katanya motosikal jenis Honda EX5 dirampas.

    Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 223 dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan.

    Terdahulu, media melaporkan pihak polis menerima panggilan daripada penjara pada 10.13 pagi semalam,
    yang memaklumkan seorang banduan lelaki melarikan diri dari penjara itu.

    Suspek melarikan diri semasa proses pembuangan sampah dan dipercayai memanjat pagar di kawasan menara.

    Lelaki itu adalah banduan tahanan reman bicara bagi kes dibawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang ditahan di Penjara Pengkalan Chepa sejak 22 Mac lalu.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePAS sudah dapat mesej jelas, pimpinan tertinggi akan tentukan
    Next Article BN akan bersendirian dalam PRU-15 nanti
    admin
    • Website

    Related Posts

    Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk

    26/06/2022

    “Demi menambah tabungan negara, saya tiada masalah”

    26/06/2022

    Segera konsultasi dengan parti-parti politik bincang Akta Pendanaan Politik

    26/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk
    • “Demi menambah tabungan negara, saya tiada masalah”
    • Segera konsultasi dengan parti-parti politik bincang Akta Pendanaan Politik
    • PAS kumpul lebih sejuta ahli setelah proses pemutihan
    • Malaysia rancang subsidi RM77.3 bilion perangi inflasi
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.