BACHOK | Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyerahkan sebarang keputusan kepada pimpinan tertinggi parti itu.
Beliau berkata, hal itu kerana hubungan pimpinan tertinggi PAS dan UMNO ‘cool’ sahaja.
“Saya mudah saja, bila bercakap soal penyatuan, kita hantar orang yang ‘sejuk’ (tenang), kalu kita rai orang yang ‘panas’ tak selesailah.
“Sebarang cakap-cakap yang berbentuk mencabar, kita ketepikan sebab kepimpinan yang paling atas buat keputusan.
“Hanya yang dibawah sahaja panas dan saya tak fikir kita harus jawab (hal yang merosakkan hubungan),” katanya ketika ditemui hari ini.
Nik Mohamad Abduh bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya mengenai kenyataan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan dasar Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020.
“Saya tak dengar lagi…saya kena dengar sendiri, lain kali saya jawab,” katanya.
Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk bertanding secara bersendirian dalam Pilihan raya umum ke-15 (PRU15), menurut Ahmad Zahid.
Malaysiakini melaporkan, Ahmad Zahid berkata, UMNO yang mengetuai BN perlu menang paling banyak kerusi untuk kembali menjadi parti dominan dalam kerajaan.