Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » BN akan bersendirian dalam PRU-15 nanti
    Politik

    BN akan bersendirian dalam PRU-15 nanti

    adminBy admin28/03/2021Updated:28/03/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi - Foto mykmu.net

    KUALA LUMPUR | Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk bertanding secara bersendirian dalam Pilihan raya umum ke-15 (PRU15), menurut Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

    Malaysiakini melaporkan, Ahmad Zahid berkata, Umno – yang mengetuai BN – perlu menang paling banyak kerusi untuk kembali menjadi parti dominan dalam kerajaan gabungan selepas itu.

    “BN telah memutuskan akan menghadapi PRU15 secara bersendirian. Biar saya jelaskan, once and for all, untuk Umno menjadi dominan semula selepas PRU15, pertamanya kita mesti menang kerusi terbanyak.

    “Kedua, BN perlu menentukan parti mana yang benar-benar ikhlas dan jujur untuk membentuk kerajaan bersama kita,” katanya dalam ucapan dasar Perhimpunan Agung Umno (PAU) di PWTC, Kuala Lumpur hari ini.

    Pengumuman Ahmad Zahid itu dilihat merungkai antara persoalan terbesar sekitar kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

    Pada masa sama ia meletakkan PAS di tengah-tengah. Parti itu sebelum ini berpendirian untuk meneruskan kerjasama dengan Bersatu menerusi PN dan pada masa sama kekal bersama Umno menerusi Muafakat Nasional (MN).

    Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, turut hadir pada PAU hari ini.

    Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan komen Abdul Hadi gagal apabila dia meninggalkan PWTC dengan kawalan ketat tanpa menjawab pertanyaan media.

    Ahmad Zahid yang juga pengerusi BN berkata lagi, keputusan untuk bergerak sendiri itu bukan menandakan Umno angkuh.

    “Kita bukan ego, kita bukan angkuh. Kita tidak naif. Kita bukan juga anak kecil yang boleh diperlakukan sembarangan.

    “Kita menolak pembelot dan pengkhianat. Kita tidak mahu makhluk perosak yang memusnahkan parti. Budaya lompat parti semakin menjadi-jadi. Pengundi dan rakyat dikhianati.

    “Jawatan dan ghanimah ditukar dengan maruah diri. Apakah budaya ini menjadi amalan yang akan diwarisi?” katanya lagi.

    Meskipun bukan ahli rasmi, Umno sebelum ini menyokong PN bagi mengangkat Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri pada Mac tahun lalu.

    Bagaimanapun, hubungan Umno dengan Bersatu terus tegang, di sebalik kedudukannya sebagai parti dalam gabungan pemerintah dengan beberapa pemimpinnya menganggotai Kabinet.

    Ia mencapai kemuncak apabila Majlis Tertinggi (MT) Umno pada Feb memutuskan untuk memutuskan kerjasama dengan Bersatu – satu keputusan yang ditentang beberapa tokoh dalam parti.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleBanduan Melarikan Diri Dari Penjara, Berjaya Ditahan
    Next Article Majlis kenduri dan keramaian selain perhimpunan masyarakat sebabkan kes naik
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.