KUALA LUMPUR | Sejurus selepas Perhimpunan Agung Umno (PAU) mengesahkan keputusan majlis tertinggi (MT) mereka untuk menamatkan sebarang kerjasama dengan Bersatu, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, sepatutnya semua ahli parti yang memegang jawatan dalam kabinet, kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu tarik diri secepat mungkin.
Ditanya pandangannya terhadap ucapan dasar Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sebelum itu Tengku Razaleigh berkata: “Dia (Ahmad Zahid) menegaskan sekali lagi apa yang diputuskan oleh MT bahawa kita akan putus kerjasama dengan Bersatu. Juga bererti semua ahli Umno yang menjadi menteri, timbalan menteri yang pegang jawatan pengerusi GLC mesti tarik diri. Kalau boleh hari ini,” katanya sebagaimana dilaporkan Malaysia kini.
Pengerusi Jemaah Penasihat Umno itu berkata demikian semasa ditemui media di PWTC hari ini.
Ketika ini secara keseluruhan Muhyiddin Yassin melantik 69 orang menteri dan timbalan menteri.
Daripada jumlah itu 14 adalah wakil Umno. Seramai 12 orang lagi sedang berkhidmat dalam GLC.
Tengku Razaleigh berkata dia memang menyambut baik ucapan dasar Ahmad Zahid dan menganggapnya sebagai bernas dan tegas.
Ditanya mengenai kesungguhan agar Umno menarik diri daripada kerajaan PN sekarang apabila PAU mengesahkan keputusan MT, ahli parlimen Gua Musang itu menjawab: “Mesti.