KUALA LUMPUR | Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam tadi membuat keputusan menggantung keahlian Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz.
Perkara tersebut disahkan oleh Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Tajuddin berkata, penggantungan ahli melibatkan seorang sahaja dan tiada orang lain terlibat sama.
Ya, seorang sahaja,” katanya memetik Utusan Online.
Tun Faisal juga Setiausaha Akhbar Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa sebelum ini telah diarahkan mengemukakan surat jawapan balas kepada Lembaga Disiplin UMNO.
Arahan tersebut berhubung kenyataan terbukanya sebelum ini yang dilihat menentang Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Berhubung perkara itu, Tun Faisal dijangka akan mengadakan sidang medianya hari ini selepas selepas meneliti perincian keputusan hukuman MKT.