Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » KPM buat keputusan ambil kira kepentingan anak-anak
    Am

    KPM buat keputusan ambil kira kepentingan anak-anak

    adminBy admin28/03/2021Updated:28/03/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU | Kementerian Pendidikan mengambil setiap keputusan berkaitan murid sepanjang tempoh pandemik COVID-19 mengambil kira semua aspek demi kepentingan anak-anak.

    Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata keputusan juga diambil berdasarkan situasi semasa walaupun pelbagai pandangan negatif dilontarkan kepada pihak kementerian.

    “Apa sahaja tindakan yang dibuat, kita mengambil berdasarkan maklumat pada waktu dan ketika itu. Sebagai contoh orang tanya adakah sekolah akan dibuka? Untuk hari ini saya akan menjawabnya ‘ya’ sekolah akan dibuka.

    “Sehingga bila sekolah akan dibuka kita tidak akan ketahui kerana apa sahaja kemungkinan boleh berlaku,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Gerakan Massa: ‘Terima Kasih Cikgu’ Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-50 di Hotel Perdana, hari ini.

    Beliau berkata, sebagaimana yang berlaku ketika pengumuman persekolahan Januari lalu, pada asalnya beliau mengumumkan sekolah dibuka secara bersemuka pada 20 Januari. “Namun, keputusan akhir terpaksa diambil dengan menangguhkan sesi persekolahan secara bersemuka memandangkan kes harian COVID-19 begitu tinggi sehingga mencecah 4,000 kes.

    “Ketika itu ramai yang kata menteri ini sekejap begitu, sekejap begini tetapi semua orang boleh sembang dan cakap patut buat macam itu, macam ini. Hakikatnya yang sembang itu pun tidak pernah menangani krisis COVID-19.

    “Mereka sekadar hanya boleh memberi pandangan, tetapi belum ada sesiapa yang pernah melaluinya. Sepanjang tempoh itu, kami di kementerian sentiasa berbincang mencari pendekatan terbaik untuk semua pihak,” katanya.

    Radzi turut berterima masih kepada seluruh warga kementerian dan guru yang berjaya berdepan dengan cabaran sepanjang pandemik COVID-19 bagi memastikan semua pelajar dan murid tidak tercicir.

    “Ia adalah proses yang memenatkan untuk kita semua kerana tiada siapa yang pernah melaluinya walaupun seorang guru itu sudah berkhidmat 30 tahun sebelum

    ini. Namun kita tiada pilihan, itulah keadaannya, itulah situasinya, itulah kekangannya maka kita kena bergerak.

    “Demi pembelajaran anak-anak, kita di kementerian akan berusaha sebaik mungkin,” katanya.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleAIM Beri Tuisyen Percuma Kepada 400 Murid UPSR
    Next Article ‘Biar pimpinan buat keputusan’
    admin
    • Website

    Related Posts

    Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk

    26/06/2022

    “Demi menambah tabungan negara, saya tiada masalah”

    26/06/2022

    Segera konsultasi dengan parti-parti politik bincang Akta Pendanaan Politik

    26/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk
    • “Demi menambah tabungan negara, saya tiada masalah”
    • Segera konsultasi dengan parti-parti politik bincang Akta Pendanaan Politik
    • PAS kumpul lebih sejuta ahli setelah proses pemutihan
    • Malaysia rancang subsidi RM77.3 bilion perangi inflasi
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.