Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Siapa ‘buli’ siapa – Armada Johor
    Politik

    Siapa ‘buli’ siapa – Armada Johor

    adminBy admin28/03/2021Updated:28/03/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    JOHOR BAHRU | Tindakan Pemuda UMNO yang ‘menghentam’ Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menunjukkan mereka tidak professional sedangkan parti itu sebahagian daripada kerajaan.

    Justeru, Ketua Armada Bersatu Johor, Muhd Shamsuddin Paijan berkata, beliau hairan sama ada UMNO benar-benar memperjuangkan nasib rakyat atau retorik semata-mata.

    “Ini kerana tindakan mereka dalam beberapa perkara baru-baru ini menggambarkan sebaliknya termasuklah perihal sayap Pemuda UMNO yang ‘menghentam’ Bersatu pada Perhimpunan Agung UMNO, semalam.

    “Apa yang dibuat Pemuda UMNO itu jelas tidak profesional ketika menyatakan pendirian dan pandangan.

    “Tidakkah Pemuda UMNO sedar mereka merupakan sebahagian dalam kerajaan di mana pelbagai saluran perbincangan boleh dilaksanakan bersama,” katanya dalam satu kenyataan.

    Muhd Shamsuddin berkata jika Pemuda UMNO menyatakan mereka ‘dibuli’, Armada Johor ingin tegaskan siapa yang buli siapa.

    “Tidak perlu mendabik dada dengan penuh gaya dan seloka yang penuh dengan hipokrit dan retorik semata-mata.

    “Ucapan dasar Sayap Pemuda UMNO di perhimpunan itu semalam yang seharusnya menjadi medan agenda memperkasa rakyat yang sedang berhadapan dengan cabaran pandemik Covid-19 telah menjadi medan perpecahan,” katanya.

    Justeru, Muhd Shamsuddin berkata, pihaknya bersetuju menyahut seruan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk Bersatu melawan UMNO pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

    “Armada Johor pada hari ini juga telah melaungkan semboyan untuk gempur sehabis baik bagi memenangkan calon Perikatan Nasional (PN) untuk pilihan raya yang akan datang dan sentiasa berdiri teguh menggenggam panji perjuangan bersama Presiden Bersatu.

    “Jika nilai toleransi tidak langsung dipeduli, kita tekadkan hati lawan sampai jadi. Jika pilihan perlu bertembung lawan, kami pasti tetap lawan,” ujarnya.

    Semalam, Muhyiddin dalam satu sidang akhbar mengatakan kesediaan pihaknya untuk berdepan UMNO sekiranya parti itu tetap mahu membolot semua kerusi yang akan dipertandingkan dalam PRU akan datang.

    Muhyiddin juga dilaporkan berkata mereka tidak mempunyai halangan jika UMNO memutuskan untuk tidak lagi bekerjasama dengan Bersatu dalam PRU-15 kelak.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleUPE terima senarai projek pembangunan untuk Belanjawan 2022
    Next Article Perpecahan dalam PN untungkan DAP, PKR
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu

    29/05/2023

    SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal

    27/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.