KUALA LUMPUR | Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengucapkan terima kasih kepada UMNO kerana memberi peluang menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 hari ini
“Saya mengucapkan terima kasih kepada UMNO kerana menjemput saya dan Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man untuk menghadiri PAU 2020 hari ini.
“Kehadiran kami sebagai simbol komitmen PAS untuk terus mengukuhkan perpaduan ummah demi menyelamatkan negara,” katanya menerusi facebooknya hari ini.
Ahli Parlimen Marang bersama Ahli Parlimen Kubang Kerian itu masing-masing memakai baju Melayu putih bersih ketika menghadiri perhimpunan di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Pada persidangan tersebut, Abdul Hadi yang berada di pentas PAU 2020 dan duduk bersebelahan, Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan diapit, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Sementara itu, kematangan pimpinan PAS itu mendapat pujian warganet dan rata-rata menyifatkan pemimpin parti Islam itu menunjukkan akhlak mulia.
Memetik ucapan warganet yang menggunakan nama Muhtar Suhaili As-Sarawaki “Alhamdulillah. Terbaik Ayah Chik Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kekal ke arah Penyatuan Ummah: Perkukuh Muafakat Nasional (MN) & Pertahan Perikatan Nasional (PN). Diacah tak kendur, dilawan tak berundur. Menang tak megah, kalah tak rebah. In shaa Allah.”
Bagi Aziz Sidam pula, “Alhamdulillah…. Terbaik Dato’Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Bapa Penyatuan ummah. Perkukuh Muafakat Nasional Pertahan Perikatan Nasional,”
“Terbaikk..Alhamdulilah..kekalkan perpaduan ummah ini dan perkukuh Muafakat Nasional,” ucap Zaha Zaha.