BACHOK | Tiga lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di Pulau Kambing Pantai Kandis di sini.
Berdasarkan maklumat awal Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.53 malam tadi.
Salah seorang daripada mangsa sudah ditemui manakala operasi mencari dan menyelamat dua lagi masih diteruskan.
Difahamkan kejadian membabitkan seorang lelaki dewasa dan dua remaja.