BACHOK | Senarai projek pembangunan daripada beberapa kementerian sudah diterima oleh Unit Perancang Ekonomi (UPE) untuk dibawa dalam proses pertimbangan Belanjawan 2022.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata proaes itu alan dijalankan bermula April hingga Ogos ini sebelum dirujuk kepada Kementerian Kewangan untuk jumlah peruntukan.
“Kebanyakan proses yang berlaku di UPE adalah melihat senarai yang menjadi keutamaan.
“Jadi senarai itu sudah kita terima yang mana berkaitan dengan pembonaan balai polis, sekolah, hospital serta jalan raya.
“Contohnya jalan raya, ada yang perlu penyelenggaraan dan penambahbaikan,” katanya ketika ditemui di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok, di sini, hari ini.
Mustapa berkata, pihaknya akan berunding dengan Kementerian Kewangan untuk menentikan berapa peruntukan yang hendak dibelanjakan, awal bulan depan.
Menurutnya, pihaknya juga sudah mengadakan pertemuan bersama wakil jabatan berkaitan untuk mengenalpasti mana-mana projek yang menghadapi masalah.
“Mesyuarat (bersama Kementerian Kewangan) bagi memastikan sebanyak RM69 bilion yang diperuntukan bagi pembangunan dan merancakkan ekonomi negara pada tahun ini dibelanjakan sepenuhnya.
“Tujuannya bagi mengenalpaati projek yang ada masalah umpamanya projek sudah lulus tapi mungkin ada masalah tanah maka ingin pastiman apa dirancang untuk pemulihan ekonomi dapat dibelanjakan,” katanya.