Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Warga Vietnam Terapung Lima Hari, Diselamat
    Am

    Warga Vietnam Terapung Lima Hari, Diselamat

    alisha natashaBy alisha natasha28/03/2021Updated:28/03/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    PASIR PUTEH | Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kelantan menyelamatkan seorang lelaki warga Vietnam pada jarak 107.2 batu nautika dari muara Tok Bali.

    Lelaki berkenaan terapung sejak lima hari lalu sebelum diselamatkan pada jam 11.30 pagi, semalam oleh Kapal Express.

    Pengarah Maritim Malaysia Kelantan, Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, pihaknya menerima laporan daripada Kapal Express 93 sekitar jam 2.20 petang semalam mengenai penemuan seorang lelaki disyaki warga Vietnam dalam keadaan berapung.

    Katanya, mangsa, Le Hoang Em, 41, masih hidup ditemui oleh pihak kapal pada jam 11.30 pagi dan diselamatkan.

    “Pihak Kapal Express 93 mengambil langkah yang sewajarnya dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 sebelum membawa naik mangsa ke atas kapal.

    “Mangsa juga disyaki mengalami hypothermia semasa dibawa naik ke atas kapal dengan suhu badan 34 darjah celsius, namun berjaya distabilkan oleh pihak kapal.

    “Semasa ditemui, mangsa berpaut pada pelampung yang dibuat daripada pelampung pukat dan tidak memakai sebarang pakaian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

    Mengulas lanjut, beliau berkata, berdasarkan perbualan awal antara mangsa dengan wakil kapal, lelaki itu bekerja di atas sebuah bot yang mempunyai seramai enam orang kru termasuk tekong.

    “Bot yang dinaikinya dikatakan telah karam lima hari lepas berhampiran Pulau Nam Du sebelum dihanyutkan sejauh lebih kurang 147 batu nautika ke lokasi dijumpai.

    “Mangsa dibawa masuk ke Jeti Tok Bali Supply Base (TBSB) pada jam 9.30 pagi tadi dan dihantar ke Klinik Kesihatan Cherang Ruku untuk menjalani ujian calitan COVID-19 serta pemeriksaan kesihatan.

    “Kedutaan Vietnam di Malaysia juga telah dimaklumkan berkenaan perkara ini,” katanya.

    Muhd Nur Syam berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan bagi meneliti kejadian sebenar kerana mangsa dijumpai di kawasan perairan negara dan lelaki itu akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk proses selanjutnya.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous Article‘Biar pimpinan buat keputusan’
    Next Article BERSATU tidak pernah bermuslihat dengan parti lain
    alisha natasha

    Related Posts

    Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk

    26/06/2022

    “Demi menambah tabungan negara, saya tiada masalah”

    26/06/2022

    Segera konsultasi dengan parti-parti politik bincang Akta Pendanaan Politik

    26/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk
    • “Demi menambah tabungan negara, saya tiada masalah”
    • Segera konsultasi dengan parti-parti politik bincang Akta Pendanaan Politik
    • PAS kumpul lebih sejuta ahli setelah proses pemutihan
    • Malaysia rancang subsidi RM77.3 bilion perangi inflasi
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.