Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Zahid mahu reset politik
    Politik

    Zahid mahu reset politik

    alisha natashaBy alisha natasha28/03/2021Updated:28/03/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi - Foto mykmu.net

    KUALA LUMPUR | Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menekankan beberapa intipati penting dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

    Antara yang sebut adalah ‘reset politik’ yang mana mana beliau memulakan perkara itu dengan mengimbau sejarah penubuhan Barisan Nasional pada tahun 1974, selepas berlakunya tragedi kemusnahan perpaduan kaum yang menjadi detik hitam pada tahun 1969 di negara ini.

    “Ia mengakibatkan kestabilan dan keharmonian yang dibina sejak merdeka berkecai di tengah jalan. Sesungguhnya penubuhan Barisan Nasional itu adalah reset politik yang pertama.

    “Malah situasi yang menuntut reset politik sebegini pernah dialami dalam menangani krisis politik di Sabah dengan penubuhan UMNO Sabah menggantikan USNO pada tahun 1991,” katanya ketika merasmikan PAU 2020 hari ini.

    Beliau mengajak pimpinan dan semua perwakilan menghayati landskap politik negara ini yang sangat dinamik selepas PRU14 dengan melihat perubahan kerajaan negeri di Johor, Melaka, Perak dan Sabah.

    “UMNO kembali menerajui kerajaan di tiga buah negeri berkenaan dan menjadi pimpinan kedua di negeri di bawah bayu. Inilah reset politik yang telah berlaku dan sedang kita alami.

    “Sesungguhnya, ingin saya nyatakan bahawa tindakan reset politik tersebut ada kaitan dengan kestabilan dan keharmonian rakyat,” katanya.

    Jika dahulu katanya, negara tidak stabil kerana menghadapi rusuhan kaum namun kali ini, meskipun tidak ada pergaduhan kaum, ketidakstabilan politik menyebabkan negara terjebak ke kancah kejatuhan ekonomi.

    “Apa yang telah kita bina selama ini hancur lebur. Adakah sesuatu yang mustahil untuk UMNO dan rakan-rakan kongsi politiknya membina “political reset” yang akan mewarnai landskap politik baharu di negara ini?

    “Biarpun tanpa perundingan dengan mana-mana pihak setakat ini, saya dapat merasai impian rakyat yang amat mengharapkan kewujudan sebuah ‘unity government’ demi kestabilan politik negara,” katanya.

    Dengan berbaju Melayu Merah dan lengkap bersampin, Ahmad Zahid juga menyebut yang
    UMNO sangat terbuka untuk melakukannya selepas PRU15 nanti namun terlebih dahulu UMNO wajib terus direlevankan dan mendominasi politik tanah air.

    “Kita perlu dominan, baharulah kita relevan. Untuk itu, kepimpinan UMNO di semua peringkat dan seluruh akar umbi harus berlapang dada dan berfikiran terbuka untuk menghadapi reset politik ini.

    “UMNO harus kembali kepada fitrah asalnya. UMNO memimpin bukan untuk dipimpin. UMNO memerintah bukan untuk diperintah. UMNO harus berdiri megah memperkasakan Barisan Nasional,” katanya.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleUtamakan guru untuk vaksin fasa kedua
    Next Article Kalau boleh Ku Li mahu menteri, timbalan letak jawatan hari ini
    alisha natasha

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.