Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Brisbane ‘lockdown’ tiga hari
    Global

    Brisbane ‘lockdown’ tiga hari

    adminBy admin29/03/2021Updated:29/03/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Brisbane: Lebih dua juta penduduk di Brisbane menjalani sekatan pergerakan (lockdown) selama tiga hari, selepas satu kluster Covid-19 dikesan di bandar ketiga terbesar di Australia itu.

    Ia adalah lockdown mengejut kedua dikuatkuasakan di bandar berkenaan dan kawasan sekitarnya, selepas tujuh individu disahkan positif virus itu – kes pertama penularan Covid-19 dalam komuniti yang signifikan dalam tempoh beberapa bulan lalu.

    “Ini adalah strain (Covid-19) United Kingdom. Ia mudah menular. Sekarang kita perlu mengadakan (lockdown) ini bagi mengelak lockdown jangka panjang,” kata Ketua Menteri Queensland, Annastacia Palaszczuk.

    “Kita melihat apa yang berlaku di negara lain. Saya tidak mahu melihat ia terjadi di Queensland, saya tidak mahu ia berlaku di Australia.”

    Sekolah, restoran dan bar akan ditutup mulai jam 5 petang pada Isnin tetapi orang ramai masih boleh keluar rumah untuk kerja yang keperluan, untuk membeli makanan, bersenam dan mendapatkan rawatan perubatan.

    Memakai pelitup muka di tempat awam juga menjadi mandatori di Queensland, selepas seorang individu yang dijangkiti Covid-19 melakukan perjalanan dari Gladstone di wilayah itu.

    Australia dilihat cemerlang dalam menangani penularan Covid-19 dengan lebih sedikit daripada 29,000 kes dan 909 kematian.

    Bagaimanapun, imunisasi Covid-19 di negara itu masih perlahan dengan hanya 500,000 suntikan sudah diberikan di negara dengan 25 juta penduduk itu.

    Sebelum lockdown ini, Brisbane adalah antara beberapa bandar yang memberi kelonggaran kepada penduduknya untuk menghadiri acara termasuk konsert dan sukan. AFP.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleEver Given berjaya diapungkan semula
    Next Article PKP mungkin dikuatkuasakan di Kelantan
    admin
    • Website

    Related Posts

    Emas C$20 juta ‘hilang’ dari lapangan terbang Toronto

    21/04/2023

    Genjatan senjata 72 jam di Sudan sempena Aidilfitri

    21/04/2023

    Indonesia akan haramkan seks di luar perkahwinan

    04/12/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.