Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Dua beradik jadi jutawan temui batu baiduri
    Global

    Dua beradik jadi jutawan temui batu baiduri

    adminBy admin29/03/2021Updated:29/03/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    CANBERRA | Ibarat bulan jatuh keriba apabila sepasang adik beradik sekelip mata menjadi jutawan selepas menemukan batu permata baiduri (opal) yang bernilai kira-kira RM4 juta.

    Lapor Daily Mail, Isaac dan Sofia Andreou bersama dua individu lagi mencuba nasib dalam percubaan pertama ketika melombong di pedalaman negara ini iaitu pekan kecil Yorah dengan populasi 141 penduduk.

    Satu daripada batu baiduri yang ditemukan mereka mempunyai kualiti museum dengan saiz sebesar tapak tangan.

    Malah bentuknya seperti telur gergasi yang menunggu masa untuk menetas.

    “Ia seperti setiap warna pelangi yang boleh dibayangkan berada di genggaman tangan anda,” kata Sofia.

    Menceritakan semula penemuan itu, pada hari terakhir percarian terdapat pelangi tiba-tiba muncul di tengah padang pasir.

    “Perasaan bercampur terkejut dan teruja ketika menemui ‘harta karun’ itu,” kata Sofea lagi.

    Isaac pula menyifatkan tiada kata yang boleh digambarkan dengan setiap degupan jantung, malah rambut seperti terus terpacak (akibat terkejut).

    Mereka merasakan penemuan itu mengubah sudah kehidupan mereka apabila mampu membeli lombong sendiri.

    “Ia akan menjadikan kehidupan lebih mudah dan seronok,” tambah Isaac.

    Rakan mereka, David Darby sudah menghabiskan masa lebih sedekat dalam pencarian batu baiduri namun tidak pernah menemuinya.

    Sofia yang mempunyai kedai batu baiduri di Pulau Whitsunday turut mengajar yoga dan muzik.

    Namun akhirnya mereka memutuskan untuk memenuhi impian dengan menggalo batu baiduri sendiri.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleBazar Ramadan diteliti semula
    Next Article BERSATU Kota Bharu Sediakan 3 Bank Makanan
    admin
    • Website

    Related Posts

    Emas C$20 juta ‘hilang’ dari lapangan terbang Toronto

    21/04/2023

    Genjatan senjata 72 jam di Sudan sempena Aidilfitri

    21/04/2023

    Indonesia akan haramkan seks di luar perkahwinan

    04/12/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.