Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Kepimpinan Muhyiddin diterima rakyat
    Politik

    Kepimpinan Muhyiddin diterima rakyat

    adminBy admin29/03/2021Updated:29/03/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU | Kepimpinan negara di bawah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah kukuh dan diterima rakyat.

    Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Datuk Mohamed Farid Zawawi, berkata, Perdana Menteri telah bersusah payah berusaha demi mencapai agenda tersebut.

    Katanya, semua yang dilakukan oleh Muhyiddin selama ini untuk menjamin keharmonian dan kemakmuran semua bangsa di negara ini

    “Namun sebaliknya pula pimpinan UMNO, mereka tidak banyak berubah sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

    “Soalnya sekarang bagaimana UMNO boleh mendabik dada bahawa mereka boleh menang secara solo sedangkan pasukan sama yang akan bertanding nanti.

    “Malah perlulah diingatkan bahawa sekiranya UMNO bertanding secara solo, inilah kali pertama UMNO akan bertanding sebagai pembangkang tanpa jentera Kerajaan,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika menghadiri Dailog Penerangan Bersatu Malaysia Negeri Selangor di Hotel Wyndham Acmar, Kelang tengahari tadi.

    Majlis tersebut adalah rangkaian sesi penerangan BERSATU seluruh Malaysia kepada jentera penerangan negeri dalam memperkasakan jentera PRU15 oleh Ketua Penerangan BERSATU Datuk Wan Saiful Wan Jan.

    Mohamed Farid yang juga, Ketua Bahagian BERSATU Kota Bharu berkata, UMNO harus berfikiran lebih matang dan mendalam dalam perkara ini.

    “Tinggalkan retorik politik, rasakanlah getaran realiti sekarang. Lihat negara China dengan lebih 1.7 billion penduduk, apa yang telah mereka capai dengan kestabilan politik mereka dan kesatuan rakyat mereka,” soalnya.

    Jelasnya, negara perlukan kestabilan politik kerana secara tidak langsung boleh diterjemahkan kepada kestabilan ekonomi dan kemakmuran rakyat.

    “Namun kita memilih untuk mengabaikan kepentingan rakyat dan kemajuan negara kerana terlalu sibuk berpolitik. Ini harus dihentikan,” katanya.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleBERSATU sudah jangka, namun hormat keputusan UMNO
    Next Article Pesara Tentera ditemui lemas, Seorang Kanak-kanak selamat
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu

    29/05/2023

    SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal

    27/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.