Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Keputusan tidak mahu bekerjasama dengan PN hak politik UMNO
    Politik

    Keputusan tidak mahu bekerjasama dengan PN hak politik UMNO

    adminBy admin29/03/2021Updated:29/03/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    KUALA LUMPUR, 20 Okt -- Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Dr Ronald Kiandee --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA

    SHAH ALAM – Keputusan UMNO untuk tidak mahu bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah pilihan parti itu.

    Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, tidak ada apa yang boleh dilakukan oleh parti mereka untuk membimbing keputusan berkenaan.

    “Keputusan itu juga adalah hak politik UMNO untuk menentukan hala tuju politik mereka dalam menghadapi PRU15.

    “Bagi Bersatu, usaha untuk memperkukuhkan ekonomi negara dan menangani pandemik Covid-19 akan terus menjadi keutamaan demi memelihara kesejahteraan dan kebajikan rakyat secara keseluruhannya,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

    Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 pada Ahad berkata, keputusan UMNO tidak bekerjasama dengan Bersatu pada PRU15 adalah muktamad.

    Ahmad Zahid berkata, UMNO juga menolak pembentukan gabungan politik bersama PN.

    Ronald yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan menambah, Pilihan Raya NegerI (PRN) Sabah pada September tahun lalu telah membuktikan bahawa rakyat kini matang untuk menilai gabungan parti yang mampu menjanjikan tawaran baharu bagi mereka.

    Katanya, di Sabah, kekuatan melalui kerusi-kerusi tradisi bukan satu-satunya faktor pertimbangan bagi rakyat untuk menilai gabungan parti yang akan diangkat sebagai kerajaan.

    “Toleransi politik yang berlaku dalam kalangan parti-parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hingga berjaya menumpaskan parti Warisan boleh dijadikan iktibar oleh semua.

    “Nyatanya, musuh politik UMNO bukan Bersatu tetapi Pakatan Harapan (PH). Peliknya, Bersatu dijadikan ‘punching bag’ bagi UMNO dalam PAU 2020,” katanya. – SINAR HARIAN.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleWanita UMNO akur keputusan parti
    Next Article Tarik diri daripada GLC: Perak ikut keputusan PAU
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu

    29/05/2023

    SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal

    27/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.