Facebook Twitter Instagram
    Tuesday, 30 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Lepas putus hubungan, menteri UMNO jumpa Muhyiddin hari ini
    Politik

    Lepas putus hubungan, menteri UMNO jumpa Muhyiddin hari ini

    adminBy admin29/03/2021Updated:29/03/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin - Foto BERNAMA

    PUTRAJAYA – Susulan keputusan UMNO memutuskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), menteri daripada parti itu difahamkan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada petang Isnin.

    Pertemuan itu diadakan di Pejabat Perdana Menteri di bangunan Perdana Putra di sini sebagaimana dilaporkan Sinar Harian.

    Antara yang dikenal pasti hadir ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
    Kenderaan yang membawa menteri-menteri berkenaan dilihat meninggalkan bangunan terbabit kira-kira jam 6.45 petang tanpa berhenti untuk bercakap kepada pemberita yang menunggu di luar pekarangan bangunan tersebut.

    Dalam kabinet yang dipimpin Muhyiddin, terdapat 14 pemimpin UMNO dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri.

    Selain Ismail, mereka ialah Tan Sri Annuar Musa (Menteri Wilayah Persekutuan), Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah (Menteri Tenaga dan Sumber Asli), Datuk Noraini Ahmad (Menteri Pengajian Tinggi), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Menteri Belia dan Sukan), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Luar Negeri) dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Menteri Sains Teknologi dan Inovasi).

    Muhyiddin turut melantik Datuk Halimah Mohamed Sadique sebagai Menteri Perpaduan Negara, sementara jawatan Menteri Kesihatan diberikan kepada Datuk Seri Dr Adham Baba.

    Timbalan menteri pula ialah Mastura Yazid (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri – Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (Timbalan Menteri Dalam Negeri I) dan Datuk Zahidi Zainul Abidin (Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia).

    Datuk Seri Ahmad Hamzah pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, manakala Datuk Abdul Rahman Mohamad dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I.

    Pada Ahad, Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, semua ahli UMNO yang memegang jawatan dalam Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) termasuk diberikan jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) diminta meletakkan jawatan.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleKeputusan UMNO Gerak Sendirian Pada PRU-15 Sudah Dijangka
    Next Article Polis kesan penganjur dan tetamu di pertunjukkan fesyen
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu

    29/05/2023

    SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal

    27/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.