Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Majlis Tertinggi LDP lulus usul sertai PN
    Politik

    Majlis Tertinggi LDP lulus usul sertai PN

    adminBy admin29/03/2021Updated:29/03/2021No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA KINABALU | Majlis Tertinggi Parti Liberal Demokratik (LDP) yang bermesyuarat hari ini meluluskan usul untuk parti itu menyertai Perikatan Nasional (PN).

    Presiden LDP, Datuk Chin Su Phin berkata, parti itu membuat keputusan berkenaan selepas melihat kesungguhan PN yang diterajui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelesaikan masalah rakyat terutama ketika berdepan cabaran COVID-19 ketika ini.

    “LDP yakin dengan kepemimpinan Perdana Menteri terutama dalam usahanya memerangi COVID-19 termasuk memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi di saat negara menghadapi pandemik itu.

    “Ia satu kenyataan hanya sebuah parti politik arus perdana yang dapat menyelesaikan masalah rakyat terutama ketika pandemik COVID-19 melanda negara,” katanya dalam kenyataan hari ini sebagaimana dilaporkan Berita Harian memetik BERNAMA.

    LDP, yang ditubuhkan pada 1989, sebelum ini adalah parti komponen Barisan Nasional (BN) sebelum bertindak keluar selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018.

    Su Phin berkata, LDP kini fokus untuk persidangan dan pemilihan 28 bahagian parti itu yang akan bermula Mei hingga Ogos ini manakala mesyuarat agung tahunan serta pemilihan parti dijadual diadakan pada akhir tahun ini.

    “Kami akan memberi peluang kepada ahli muda untuk memimpin. Saya juga menjangkakan sebahagian besar daripada bahagian akan dipimpin golongan muda,” katanya.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleRumah hangus satu jam sebelum bertunang
    Next Article BERSATU Kota Bharu susun gerak kerja
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu

    29/05/2023

    SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal

    27/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.