Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Pembabitan Wanita Dalam Perniagaan Koperasi Masih Rendah
    Am

    Pembabitan Wanita Dalam Perniagaan Koperasi Masih Rendah

    Hidayah AzaliBy Hidayah Azali29/03/2021Updated:29/03/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU | Pembabitkan golongan wanita di negara ini dalam perniagaan koperasi masih berada di tahap rendah.

    Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Samsudin berkata, pembabitan golongan wanita dalam perniagaan koperasi kurang daripada 1.7 peratus berbanding jumlah keseluruhan sebanyak 14,600 koperasi.

    Katanya, bukan itu sahaja dari segi keanggotaan wanita dalam perniagaan berkenaan juga masih rendah.

    “Manakala, dari segi pemilikan aset turut rendah, jadi sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) oleh Koperasi Wanita juga pada tahap rendah sebab bila jumlahnya kecil pendapatan pun kecil.

    “Saya yakin sekiranya penglibatan wanita dalam perniagaan ini tinggi
    dan juga fokus, saya percaya mereka mampu untuk menyumbangkan kepada KDNK,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perasmian Sriwanis Shop Koperasi Warga Kubang Kerian Kelantan Berhad di Kampung Padang Mengkali di sini, hari ini.

    Mengulas lanjut beliau berkata, golongan wanita kebanyakan terbabit dengan koperasi yang menjalankan perniagaan perkhidmatan.

    Katanya, beliau mahu wanita terbabit dalam perniagaan koperasi yang lebih meluas termasuk pengupayaan dari segi penggunaan teknologi dan rangkaian perhubungan.

    “Untuk memudahkan pendaftaran koperasi dalam kalangan wanita, beberapa pindaan dibuat bukan hanya untuk akta koperasi tetapi juga undang-undang Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) serta beberapa peraturan koperasi.

    “Sebab itulah dengan pindaan akta koperasi ini akan mampu membantu golongan wanita untuk menubuhkan perniagaan koperasi,” katanya.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleKeputusan Apandi mohon dokumen 25 Mei
    Next Article Wanita UMNO akur keputusan parti
    Hidayah Azali

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.