Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Saya lebih senior dari Zahid, usah pertikai soal kesetiaan – Annuar
    Politik

    Saya lebih senior dari Zahid, usah pertikai soal kesetiaan – Annuar

    adminBy admin29/03/2021Updated:29/03/2021No Comments3 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Bekas setiausaha agung Umno, Annuar Musa mengingatkan pengkritiknya agar tidak mempertikaikan kesetiaannya kepada parti itu hanya disebabkan pandangan yang berbeza dengan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.

    Malah kata Annuar, dia lebih senior berbanding Zahid dan telah mencurahkan banyak perkara untuk membela Umno.

    “Tanpa takbur, tanpa riak, saya nyatakan, saya lebih senior daripada presiden Umno. Waktu saya menjadi ahli Majlis Tertinggi (MT) tahun 1990, presiden Umno belum menjadi ahli MT.

    “Waktu saya menjadi anggota jemaah menteri dalam kabinet Dr Mahathir, presiden Umno belum menjadi ahli jemaah menteri.
    “Jadi jangan pertikaikan soal kesetiaan saya. Cuma mungkin, pandangan saya atau pun strategi politik saya mungkin berbeza dengan presiden.

    “Tapi belum tahu lagi, strategi siapa yang lebih ampuh bagi nak memenangkan parti kita,” katanya dalam wawancara Bicara Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 yang disiarkan di Facebooknya.

    Kata Annuar, meskipun berselisih faham dalam parti, ia hanya melibatkan percanggahan pendapat semata-mata, dan bukan bermakna mereka bergaduh secara peribadi.

    Katanya, baik dia mahupun Ahmad Zahid, kedua-duanya hanya menunjukkan rasa “sayang kepada parti” mengikut cara masing-masing.

    ‘Tak perlu bersembunyi dengan saya’

    Pun begitu, katanya, Ahmad Zahid tidak perlulah menyembunyikan perkara tertentu daripada pengetahuan ahli parti.

    Ini termasuklah, katanya, sokongan yang diberikan kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim menerusi sepucuk surat, yang menurutnya bukan surat palsu.Selain itu, dia turut membangkitkan perhitungan yang turut melibatkan DAP termasuk di Perak, dipercayai merujuk pembentukan kerajaan negeri Perak baru Dis tahun lalu.

    “Boleh bersembunyi dengan orang lain. Tapi tak usahlah bersembunyi dengan saya. Tak perlulah saya tampil ke hadapan, kerana itu tak manis untuk kita bertelagah sesama sendiri. Tetapi, yang penting, berkata benar. Jangan menafikan. Ada perjumpaan berunding dengan DAP, PKR.

    “Tapi tak apa, sekurang-kurangnya hari ini, secara rasmi telah disebut, no DAP no PKR. Alhamdulillah, sependapat dengan saya.

    “Dan tambah lagi hari ini, no Bersatu,” tambahnya.

    Dalam ucapan dasar presiden di PAU 2020 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini, Ahmad Zahid menegaskan Umno tiada sebarang rundingan dengan mana-mana pihak, baik secara rasmi mahupun tidak.

    Kata Ahmad Zahid, pendirian Umno kekal dan muktamad iatu untuk tidak menerima Anwar, DAP atau pun Bersatu.

    Kenyataan itu berbeza dengan pendedahan Anwar sendiri pada 18 Mac lalu yang mengaku ada pertemuan dengan beberapa tokoh Umno, meskipun tiada komitmen kerjasama diputuskan menuju PRU-15.

    Pada Jan lepas, Annuar mendedahkan mengenai apa yang dirujuknya sebagai perakuan bertulis daripada Ahmad Zahid yang menyatakan sokongannya kepada Anwar.

    Menurutnya, akuan itu dipersembahan kepada Yang di-Pertuan Agong sekali gus bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

    Ahmad Zahid dan Annuar saling berselisih pendapat soal kerjasama antara Umno dan Perikatan Nasional.

    Ahmad Zahid – disokong Majlis Tertinggi Umno – mahu memutuskan kerjasama itu menjelang PRU-15, manakala Annuar pula mahu kerjasama antara tiga parti Melayu utama – Umno, PAS, dan Bersatu – diteruskan bagi mencapai kemenangan dalam PRU-15.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleMahkamah tolak saman AKSB pada Husam
    Next Article PN, BERSATU Johor bincang kerjasama dengan UMNO Johor
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu

    29/05/2023

    SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal

    27/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.