Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Srikandi Bersatu kekal teguh bersama PM Muhyiddin
    Politik

    Srikandi Bersatu kekal teguh bersama PM Muhyiddin

    adminBy admin29/03/2021Updated:29/03/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA LUMPUR | Srikandi Bersatu akan sentiasa berdiri teguh bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan sedia bertanding semua kerusi, sekiranya Umno tidak mahu bertoleransi.

    Ketuanya Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata politik yang sihat, mencipta rasa keamanan dan keharmonian kepada rakyat amatlah penting, dalam memastikan ketenteraman rakyat dan kestabilan ekonomi terpelihara, terutama ketika negara dilanda krisis pandemik Covid-19.

    “Saya percaya kehidupan rakyat di negara ini sudah cukup terkesan dengan pandemik Covid-19. Sedemikian, sebagai ahli politik yang diberikan mandat oleh rakyat, saya dan semua ahli Srikandi Bersatu akan sentiasa mendengar keluh kesah rakyat di akar umbi, dan bukannya menambahkan lagi kegelisahan rakyat.

    “Ini adalah masanya untuk mendahulukan kepentingan rakyat, terutamanya dalam melaksanakan pelbagai inisiatif rangsangan ekonomi yang telah diumumkan untuk kebajikan rakyat, seperti Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana), Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai), serta Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa),” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata Srikandi Bersatu berpegang kukuh menjunjung prinsip perjuangan parti, yang sentiasa mengutamakan perpaduan dan keharmonian antara masyarakat pelbagai kaum dan agama, memelihara kestabilan politik dan keselamatan negara, serta memacu pembangunan ekonomi yang mapan, demi kepentingan rakyat dan negara.

    Sehubungan itu, Rina berkata segala bentuk provokasi dan cubaan mengganggu gugat kestabilan politik di negara ini perlu dihentikan.

    Beliau juga menyeru semua pihak supaya bersatu tanpa mengira ideologi politik dalam memerangi pandemik Covid-19 dan fokus perlu diberikan kepada usaha kerajaan dalam mewujudkan imuniti kelompok menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. – Bernama

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleMajlis kahwin tanpa permit punca kes Covid-19 meningkat di Kelantan
    Next Article Mahkamah tolak saman AKSB pada Husam
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu

    29/05/2023

    SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal

    27/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.