Facebook Twitter Instagram
    Tuesday, 30 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Tarik diri daripada GLC: Perak ikut keputusan PAU
    Politik

    Tarik diri daripada GLC: Perak ikut keputusan PAU

    adminBy admin29/03/2021Updated:29/03/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    IPOH – Gesaan agar pemimpin UMNO menarik diri daripada jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) hanya pandangan individu dan bukan keputusan rasmi parti.

    Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, sesiapa sahaja boleh memberikan pandangan, namun tindakan seterusnya haruslah berpaksi kepada apa yang diputuskan parti.

    “Dalam hal ini mudah sahaja, sesiapa juga yang bercakap, kita rujuk balik kepada keputusan Perhimpunan Agung UMNO semalam (Ahad) kerana itulah keputusan rasmi parti.

    “Kalau nak layan kehendak semua orang, kita tak terlayan dah. Jadi, nasihat saya kepada diri sendiri dan semua ahli, apa sahaja nak buat, rujuklah kepada keputusan perhimpunan itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Roadmap Pelan Pembangunan Perak Sejahtera 2030 di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Isnin.

    Beliau berkata demikian ketika mengulas gesaan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah agar semua ahli UMNO yang memegang jawatan dalam Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) termasuk diberikan jawatan dalam GLC menarik diri.

    Perwakilan parti dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang berakhir pada Ahad sebulat suara memutuskan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

    Cadangan penarikan diri itu bagaimanapun tidak dibahaskan dan hanya akan diteliti pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan datang.

    Mengulas mengenai putus kerjasama politik dengan Bersatu, Saarani yang juga Pengerusi UMNO Perak berkata, semua tiga kerusi Parlimen dan dua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak milik UMNO yang kini diwakili wakil rakyat Bersatu akan ditandingi semula pada pilihan raya umum akan datang.

    Katanya, kerusi Parlimen berkenaan adalah Larut, Bukit Gantang dan Bagan Serai manakala DUN Sungai Manik dan Tualang Sekah.

    “Kita akan tanding di semua kerusi Parlimen yang lompat (UMNO lompat Bersatu).

    “Sama juga keadaannya dengan DUN, mana yang dahulu ditandingi UMNO macam Tualang Sekah dan Sungai Manik, kita akan tanding semula,” katanya.
    SINAR HARIAN.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleKeputusan tidak mahu bekerjasama dengan PN hak politik UMNO
    Next Article Saya tidak ralat tinggalkan UMNO
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu

    29/05/2023

    SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal

    27/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.