KOTA BHARU | Tindakan penceramah bebas tersohor, Ebit Lew sentiasa mendapat perhatian umum, sehinggakan menyentuh hati dan mendatangkan perasaan sebak buat pengikut ikon dermawan itu.
Kali ini tindakan Ebit Lew menyuap makanan dengan tangannya sendiri kepada anak-anak kelaparan di bumi Afrika Selatan mengundang sebak warga maya dan disusuli dengan doa.
Perbuatan mulia itu dikongsikan Ebit Lew setengah jam lalu menerusi facebook peribadinya dan telah mendapat 47.2k tanda suka daripada warganet.
Bayangkan jika anak-anak itu adalah anak-anak kita. Pastinya sangat menyentuh hati dan tidak terbalas budi baik insan mulia itu.
Tulis beliau menerusi Misi Kemanusiaan dan Kasih Sayang itu, “Sayu rasa bila masak makanan untuk 200 orang semalam. Saya dapat tahu anak ini selalu lapar.
“Bila jamuan macam ni ramai yang hadir. Sampai semalam semua menari masa datang dan masa nak balik. Tarian budaya mereka. Mereka bukan Islam. Baik jer semua.
“Tak berhenti semua nak tunjuk tarian dan menyanyi untuk ucap terima kasih. Masa saya bagi duit belanja semua tengok duit dan cakap terima kasih. God bless you.
“Rumah pula kecil je. Tapi diaorang happy jer. Menyanyi jer. Baik-baik semuanya. Saya tengah fikirkan untuk jamu mereka setiap hari makanan free.
“Nak sewa satu kabin tempat masak dan bungkuskan makanan untuk mereka ke sekolah dan sekali lagi petang. Doakan ye,” doanya.
Perkongsian menyentuh hati itu turut dirasakan seorang warganet yang menggunakan nama Hani Hazes.
Luahnya, “Ya ALLAH meleleh airmata saya melihat kasih sayang Ebit Liew terhadap golongan sebegini.
“Semoga ALLAH kurniakan kita juga kasih sayang terhadap insan yang memerlukan. Tidak mampu hulurkan bantuan, kita hulurkan doa,” katanya sebak.