Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » BERSATU mahupun calon PN sedia lawan Ku Li dan Jazlan
    Politik

    BERSATU mahupun calon PN sedia lawan Ku Li dan Jazlan

    alisha natashaBy alisha natasha30/03/2021Updated:30/03/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU | Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Kelantan tidak gentar sekiranya ditakdirkan akan menentang Tengku Razaleigh Hamzah pada PRU15 nanti.

    Selain berentap melawan otai UMNO tersebut, BERSATU negeri juga turut nekad mencabar Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

    Keyakinan tersebut disuarakan Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Kelantan, Mohd Zulkifli Zakaria dengan mengambil kira momentum sokongan kepada parti diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    Katanya juga, beliau juga cukup yakin gabungan sokongan pengundi PAS dan BERSATU yang diterjemahkan menerusi undi akan memberi kelebihan kepada calon Perikatan Nasional (PN).

    “Saya telah membuat analisa apabila undi PAS dan BERSATU bergabung mereka akan kalah,” katanya hari ini ketika berucap sempena perasmian Rumah Sri Kandi Kota Bharu.

    Perasmian disempurnakan Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan turut dihadiri Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU yang juga Ketua Bahagian BERSATU Kota Bharu, Datuk Mohamed Farid Zawawi.

    Mengulas lanjut, Mohd Zulkifli berkata, sekiranya PN menang di Gua Musang dan Machang ia semestinya memberi petanda positif kepada PN yang sekali gus menampakkan betapa lemahnya UMNO mahupun Barisan Nasional.

    Dalam pada itu, beliau mengingatkan semua penyokong untuk terus setia memberikan dokongan kepada sesiapa sahaja yang akan dipilih bertanding mewakili PN pada PRU15 nanti.

    “Siapapun calon, atas nama PN kita semua kena sokong. Jangan pula kita bertelagah. Kita mesti sama-sama menyokong calon PN yang dipilih oleh pucuk pimpinan nanti.

    “Paling penting kita akan melawan UMNO dan BN. Itu yang wajib kita lawan,” katanya.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleBERSATU Kota Bharu Sediakan 3 Bank Makanan
    Next Article Bank Makanan BERSATU Kota Bharu harus dicontohi
    alisha natasha

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.