Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Kerajaan Johor boleh tumbang bila-bila masa
    Politik

    Kerajaan Johor boleh tumbang bila-bila masa

    adminBy admin30/03/2021Updated:30/03/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    KUALA LUMPUR 27 OGOS 2018. Ketua BERSATU bahagian Gelang Patah, Md Nasir Hashim ketika mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di Bangunan Parlimen. NSTP/ SAIRIEN NAFIS

    JOHOR BAHRU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor mengingatkan bahawa kerajaan Johor boleh tumbang pada bila-bila masa, jika mana-mana dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang membentuk kerajaan negeri kecewa dengan pendirian UMNO Johor.

    Peringatan itu diberikan Timbalan Pengerusi BERSATU Johor, Md Nasir Hashim, susulan kenyataan terbuka Pengerusi UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad yang juga Menteri Besar ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Ahad lalu, yang disifatkan bukan sahaja menghina Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri malah memperkecilkan BERSATU, yang memberi sokongan kepadanya bagi menubuhkan kerajaan Johor, tahun lalu.

    Hasni sewajarnya lebih matang dan cermat dalam membuat kenyataan membabitkan parti yang mendukung kerajaan Johor hari ini.

    “BERSATU Johor amat kecewa dengan kenyataan Menteri Besar Johor dalam ucapannya di PAU baru-baru ini yang jelas memperlekehkan kedudukan dan sumbangan BERSATU dalam pemuafakatan kerajaan Johor.

    Hingga kini, BERSATU masih lagi parti yang membantu kerajaan Johor sekali gus membolehkan kerajaan negeri berfungsi dengan baik.

    “Saya ingin mengingatkan Hasni, sekiranya terdapat mana-mana dua ADUN daripada parti yang membentuk kerajaan Johor kecewa dengan kenyataan dan pendirian beliau, kerajaan yang ada sekarang boleh tumbang bila-bila masa.

    “Sebagai seorang Menteri Besar, beliau sepatutnya lebih berhemah dengan menghormati BERSATU sebagai parti yang mendukung kerajaan negeri dan kedudukan beliau sendiri sebagai Menteri Besar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

    Semalam, BERSATU Johor dan Perikatan Nasional (PN) Johor dilaporkan akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan hala tuju kerjasama bersama UMNO Johor, petang esok.

    Ketua Bahagian BERSATU Ayer Hitam, Datuk Osman Sapian, dilaporkan berkata kedua-dua mesyuarat berkenaan akan dipengerusikan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden BERSATU.

    Difahamkan kedua-dua mesyuarat BERSATU dan PN Johor itu akan diadakan di sebuah hotel di Putrajaya, petang esok.

    Mengulas lanjut, Md Nasir berkata, Hasni juga seharusnya memberi tumpuan kepada agenda memerangi pandemik COVID-19 berbanding berpolitik sempit dan cuba menjadi hero dalam UMNO.

    “Kami mewakili BERSATU dan rakyat Johor sudah terlalu muak dan merasa sedih dengan kenyataan-kenyataan pemimpin UMNO di dalam dan di luar kerajaan, hari ini.

    “Sebagai Menteri Besar, beliau sepatutnya menumpukan usaha meningkatkan ekonomi dan membangunkan negeri serta bekerjasama baik dengan pasukan pelbagai parti dalam PN.

    “Jika sikap angkuh dan sombong beliau berterusan, hubungan baik antara parti yang membentuk kerajaan negeri akan tercalar dan ini akan memberikan tanggapan negatif rakyat terhadap kestabilan dan kewibawaan kerajaan Johor,” katanya. BERITA HARIAN.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleBilangan jemputan majlis keramaian perlu sesuai dengan lokasi
    Next Article Khairy minta MKT segerakan pemilihan UMNO
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu

    29/05/2023

    SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal

    27/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.