Facebook Twitter Instagram
    Monday, 29 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Mas Ermieyati kagum semangat juang Srikandi
    Politik

    Mas Ermieyati kagum semangat juang Srikandi

    alisha natashaBy alisha natasha30/03/2021Updated:30/03/2021No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU | Semangat juang yang tinggi ditunjukkan barisan jentera Srikandi BERSATU meskipun ada diantaranya tidak mempunyai pengalaman berdepan PRU amat dikagumi.

    Naib Ketua Srikandi BERSATU, Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia merupakan signal betapa hebatnya perjuangan yang akan diterjemahkan menerusi kemenangan pada PRU15 nanti.

    Menurutnya, meskipun indikator PRU masih belum jelas namun beliau percaya yang ‘perang’ antara parti politik itu sudah cukup dekat.

    “(Jadi) tidak salah untuk jentera BERSATU bersiap sedia terutamanya bahagian penerangan dan sebagainya termasuk latihan selain pengukuhan portfolio masing-masing supaya berfungsi.

    “Saya bersama Srikandi Unit Khas Pilihanraya Malaysia sudah sebulan menjelajah setiap negeri dan terakhir sekali di Kelantan.

    “Saya amat puas hati dengan kesediaan jentera walaupun ada diantara mereka yang tidak berpengalaman dan masih baru,” katanya kepada Journal Malaysia di sini.

    Terdahulu beliau ditemui merasmikan Rumah Sri Kandi Kota Bharu yang turut dihadiri Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU juga Ketua Bahagian BERSATU Kota Bharu, Datuk Mohamed Farid Zawawi.

    Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Masjid Tanah itu juga berkata, dengan perkembangan positif berkenaan beliau sangat kagum kerana masing-masing bersemangat membantu demi kemenangan parti mahupun Perikatan Nasional.

    “Tidak ada pengalaman tidak mengapa yang penting ada rasa nak belajar dan sayangkan parti dan mahukan kemenangan,” katanya.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleBank Makanan BERSATU Kota Bharu harus dicontohi
    Next Article UMNO perlu fikir lebih dalam lagi
    alisha natasha

    Related Posts

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu

    29/05/2023

    SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal

    27/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.