Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Perlu Tambahan Anggota Narkotik di Empat Daerah
    Am

    Perlu Tambahan Anggota Narkotik di Empat Daerah

    Hidayah AzaliBy Hidayah Azali30/03/2021Updated:30/03/2021No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU | Tambahan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di empat daerah diperlukan untuk mengekang penyeludupan dadah.

    Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, empat daerah berkenaan termasuk Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah dan Jeli yang berada berdekatan sempadan.

    Katanya, fokus kepada empat daerah itu kerana ada kegiatan penyeludupan di lokasi berkenaan.

    “Namun, kekangan ini tidak menghalang polis untuk melakukan operasi jenayah narkotik.

    “Jika ada kes besar dan rasa tidak mampu, pihak kita akan minta bantuan daripada Bukit Aman yang akan turun ke negeri ini,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui di Program Ketua Polis Kelantan bersama Komuniti Balai Polis Nilam Puri sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke- 214 di sini, hari ini.

    Shafien berkata, buat masa ini, pegawai dan anggota narkotik di setiap daerah di negeri ini di antara 20 hingga 30 orang, manakala di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, seramai 70 orang berbanding jumlah anggota di cawangan lain.

    Beliau berkata, jumlah tambahan pegawai dan anggota masih tidak dapat dipastikan memandangkan ia baru di peringkat dasar.

    featured Narkotik Polis
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleJejak kewangan akaun Najib bukti UMNO terima wang haram – Pendakwaan
    Next Article Apa dibuat Ebit Lew kali ini hingga warganet sebak
    Hidayah Azali

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.