Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Majlis Kahwin Wajib Upah RELA Bermula Esok
    Am

    Majlis Kahwin Wajib Upah RELA Bermula Esok

    Hidayah AzaliBy Hidayah Azali31/03/2021Updated:31/03/2021No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU | Penganjur majlis perkahwinan diwajibkan mengupah anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bermula esok.

    Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menerusi Facebook rasmi memaklumkan ia bagi memantau tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) tetamu yang hadir.

    Katanya, hanya 50 tetamu dewasa dihadkan pada satu masa. Manakala bayi, kanak-kanak dan individu yang mempunyai penyakit kronik tidak digalakkan untuk hadir.

    “Susunan meja untuk majlis perkahwinan juga mesti jarak dua meter dan penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter bagi kerusi di meja dan penganjur serta tetamu diwajibkan memakai pelitup muka melainkan ketika makan.

    “Majlis perkahwinan perlu mendapat kelulusan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan cara memohon di balai terdekat, sebelum mendapatkan kebenaran berkahwin dengan Pegawai Agama Jajahan.

    “Arahan ini berkuatkuasa bermula esok di seluruh Kelantan sehingga tarikh yang diberitahu kelak,” katanya.

    Menurutnya, bagi SOP ruang majlis, kawasan penganjuran termasuk tandas dan semua ruang hendaklah dibuat proses nyah kuman sebelum dan selepas penganjuran majlis.

    “Lokasi majlis hendaklah mempunyai ruang pengudaraan yang baik selain pintu keluar masuk mestilah yang berlainan. Tetamu perlu mendaftarkan melalui imbasan QR kod di aplikasi MySejahtera selain daripada pendaftaran di buku rekod,” katanya.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleSiaran Media Kenyataan Perdana Menteri
    Next Article Kerajaan Persekutuan perlu hormat bidang kuasa negeri
    Hidayah Azali

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.